ESP LH-150s (G&B pickups) |
Bukannya pikap LH-150 ni tak bagus, tapi ada satu perasaan
Kaviti routing pikap sebegini walaupun bersih, tapi permukaannya agak kasar kerana tidak digosok dengan kertas pasir.
Pengabaian perincian sebegini membuatkan seni pertukangan gitar Vietnam nampak agak sedikit teruk (sloppy) berbanding Indonesia.
Begitu juga dengan kaviti potentiometer (pot) yang menyedihkan. Itu belum cerita lagi pasal pendawaian dan pematerian yang comot.
Sebagai perbandingan, berikut kaviti gitar-gitar buatan Indonesia yang pernah dijenguk sebelum ini...
My ex-Dinoscar (Ibanez GAX010LTD). |
My own Mirage (LTD M-103FM). |
Donny's Cort VX-2V. |
Azrol's Cort X-11. |
My own Tommy (Ibanez SR300). |
Mungkin QC Vietnam hanya mementingkan luaran sahaja kot? Tapi tak mengapa (parap-parap) dalam perancangan Dark Moon selepas ini akan dijadikan gitar belasahan utama (workhorse) menggantikan Mirage yang direhatkan atas masalah teknikal.
Untuk menjimatkan masa, pematerian asal tidak diganggu. Hanya sambungan dari pikap ke pot sahaja yang diubahsuai sedikit seperti berikut...
Aku dapat idea ni daripada Seymour Duncan Blackouts Modular Preamp dan Liberator. Dengan menggunakan *apakebenda-namanya-benda-plastik-putih-ni* untuk menyambung wayar pikap dan pot.
Dengan kaedah sebegini, aku tidak perlu lagi bermain dengan pateri jika
Terasa semakin kompetan bermain pateri, masa yang diambil (jika ditolak curi-curi masa layan anak), rasanya tak sampai sejam kot...
Bunyi? Jangan tanya pasal bunyi, seperti biasa blog AADI ni kalau bab gitar hanyalah blog yang temberang, hahaha...
_____
Ada apa: Up the Tesla! \m/
5 komen:
banyak betul pickuppppppp (dan guitarrr)
kalau jual gitar tu...berapa biji lp boleh beli...hahaha...
komen berteromber tu buat aku gelak...
Tengok wayar halus2 tu kalo aku la mmg cepat give up nak melayan wayar yg halus2 gitu..heheh
berteromber, komen yang tak membina...
btw, aku dah ada LP (les paul, hehehe)
Post a Comment