Diperolehi daripada Radin Music Centre (Batu Pahat, Johor) melalui perantaraan Facebook dengan harga standard rilisan semula yang mampu milik, kalau rilisan asal sudah pasti ia mencecah RM40-50 (atau ratusan jika dijual oleh kapitalis).
Secara muzikal dan lirik tak perlulah aku ulas, antara album yang epik. Impaknya menyebabkan ia bertakhta di carta RIM beberapa bulan pada tahun 1997 dulu, mengalahkan album-album pop komersil ketika itu. Ia juga antara pencetus era muzik nasyid kontemporari di Malaysia penghujung 90an dulu. Tak lupa, mereka juga mempopularkan fesyen baju kemeja tak berkolar dan berkopiah.
Rasanya dua orang dah meninggal, kan? Aku lupa siapa... |
Walaupun muzik nasyid kontemporari tidak sepopular dahulu, tapi syukur, genre ini masih bertahan, kerana iman adalah mutiara...
_____
Ada apa: Selamat bertragedi Oktober...
10 komen:
Album paling tertinggi jualannya dlm sejarah industri muzik malaysia eh.500 ribu unit tu.penah beli versi kaset dulu
Yg aku tau yg dah meninggal Nazrey tu je.lagi sorang taktau sapa.Al Fatihah.
zairie ahmad yg meniggal...
Semua lagu best...aku masih simpan kasetnya..
best!
I alwqys think zaman nasyid lelaki ni Saujana nye first album was awesome.
terbakar ok, aku dah cam cacing kena pqnggang dengar. Tapi setiap track awesome start sampai abis.
rekod 1/2 juta unit jualan yg akn kekal selamanya di malaysia...aku rsa mmg xda lg album yg bole capai angka jualan sedemikian..
aku ingat dulu abang ipar aku beli kaset album ni 2 kali, sebab dah selalu sangat anak buah aku (ketika itu berumur 3-4 tahun) pasang sampai rosak kaset, bergulung2 dalam player
memang payahla nak pecahkan rekod setengah juta tu... lebih2 lagi zaman download mp3 skrg ni
orang tu hidup lg bang oii. Nazrey tu vokalis. anggota spec mata tu yg meninggal. Zaharie namanya bukan Nazrey
lagi satu anggota raihan ni sorang je meninggal. Nazrey withdrew dari Raihan sbb urus pusat tahfiz kelolaan beliau di Sabah
Post a Comment