Tapi bila album ni dirilis semula dalam bentuk CD audio baru-baru ini, ditambah pula dengan ulasan oleh Berteromber (sekali lagi) dan Rafi Xyrus, maka album ni termasuk dalam batch kelima daripada Radin Music Centre yang diterima minggu lepas. Ya, ia diperolehi secara "shot in the dark", sebab aku tak pernah langsung dengar lagu-lagu di dalamnya...
Versi kaset Takilala. |
*Tak bagus bagi aku, tak semestinya tak bagus juga bagi orang lain, vice versa (tiru ayat Berteromber).
Versi kaset Berteromber. |
Bila dengar betul-betul baru akan perasan ada kerja gitar yang bagus dalam album ni, antaranya solo duel gitar akustik/letrik dalam lagu Jebat. Manakala lagu Jiwa Perajurit mempunyai bassline seakan-akan lagu Alone Again (Dokken).
Satu perkara lagi aku tak suka ialah "fade-out" semasa solo outro untuk beberapa lagu. Sayanglah, kerja gitar bagus, dirakam, tapi akhirnya hampir separuh di"fade-out"kan sebelum kerja gitar tu habis (sama macam kes lagu Ekamatra).
Tapi tak mengapa (parap-parap), sekurang-kurangya ada 1-2 lagu boleh dijadikan lagu cover kalau-kalau ada BOTB lagi hehehe...
_____
Ada apa: Kalau Belantara rakam semula album ni dengan teknologi semasa, pasti lagi gempak kan?
13 komen:
wow menarik ulasannya, macam aku ni baru pertama kali nak dgr belantara rasa ada was2 sikit mau beli, hari tu ada dgr kat utube, macAM best pula. hmmmm... tgk lah cemana..
seperti diduga...mendengarnya buat kali yang pertama sekarang dengan mendengarnya 28 tahun yang lampau...pasti tak akan sama...heheh...
btw...review yang jujur... \m/
Lepas ni ko try dgr album "srikandi di sisi" pulak.antara album rock melayu tahun 88 yg best pada aku.tak tau bila nak rilis
hahahah gua dah agak dah,ijau pun sama mcm gua komen(MACAM BIASA2 JE)..mintak maaf aku jujur bagi komen sebelum ni..tapi kalau dah dengar berkali2 baru ada FELLLL..tapi aku tabik part guitar solo.
Thana metallian..?
Indahnya saat itu.... waktu datang dengan cinta mu.
Aku suka lagu ni dulu2, then kawan aku ambik kertas, tulis lirik lagu ni. So aku boleh hafal. Hahahaha
nice review
Bayangkan tahun 80 dan band yang semua nak nyanyi macam amy dan awie dan berebut nak lagu m nasir dan j s kevin
Uneh sudah membaca ulasan & blog tn pertama kalinya sebagaimana tn mengenali Belantara. Uneh percaya tn cuba berlaku jujur dgn ulasan tn oleh kerana ini halaman jiwa tn & sesiapa pun yg mengikutinya perlu menghormati apa sahaja ulasan tn walaupun mungkin langsung tak bersetuju dgn tn.
Secara umumnya ulasan tn terbahagi kpd 2 iaitu separuh ulasan tn lebih menjurus soal persembahan Belantara melalui cd rilisan baru ini. Dan separuh lagi cuba utk berlaku adil dgn pendapat rakan-rakan tn yg menyukainya & tn cuba menjiwai utk mengemari lagu-lagu Belantara dlm album pertama ini sehingga mendengarnya berulangkali.
Bagi Uneh ulasan tn memberi kesan & menyentuh soal berikut:
1) mereka yg pertama kali mahu mengenali atau membeli cd ini akan merasa was-was utk memilikinya,
2) soal kualiti persembuahan cd ini yg lebih menjurus kpd hasil kerja pihak yg bertanggungjawab menerbitkan cd ini.
Utk no 1 bagi Uneh adalah lumrah. Ada org suka ada org yg tak suka. Namun kpd mereka yg pertama kali (selain tn atau pembaca atau pengikut blog tn), terpulang kpd mereka utk bersependapat dgn tn atau sebaliknya.
Uneh sudah mengikuti Belantara sejak di tingkatan 4 ketika album pertama (kaset) Belantara pada tahun 1987 sehingga kini. Ternyata kita kelihatan amat berbeza & jika Uneh memberi pendapat sudah tentu ianya lebih 'memenangkan' atau 'menyebelahi' Belantara. Oleh itu ulasan tn adalah hak tn & Uneh perlu menghormatinya.
No 2, Uneh akan menghubungi sendiri atau secara terus kpd pihak penerbit (EMI/Universal)berkenaan soal persembahan cd ini. Uneh tak mahu menjadi 'anti-klimak' kpd mereka yg sdg berseronok dgn cd ini. Soal kualiti memang sepatutnya diutamakan dlm apa juga penerbitan sesebuah cd.
Uneh secara peribadi menghargai usaha tn yg sudah berusaha mendapatkan Belantara, membeli & mendengarnya berulangkali juga suba menjiwai sebagaimana rakan-rakan tn yg menyukainya.
Uneh & rakan-rakan yg lain ada sebab-sebab tertentu menyukai Belantara & akan mempertahankannya sampai bila-bila. Namun kami menghormati pendapat tn yg kritis & keras(bagi sesetengah individu, mungkin). Jadi Uneh amat berharap tn dapat berkelakuan demikian juga...sebagaimana 'tagline' tn....kita kan budak jahat, buat apa nak gaduh-gaduh.
Maaf & terima kasih.
Uneh
Raja Pensel Warna Malaysia, rujukan: Ikon Berita Harian 2008
Presiden Persatuan Seni Pensel Warna Malaysia
d'arsil & adi:
beli
berteromber & rafi:
haters gonna hate, enthusiast gonna buy
deaf:
harap2 nanti ada reissue album metalian, atau semua versi juara2 rock
bro shuk belantara:
muzik malaysia sejak dulu jenis ikut musim/trend
btw, terima kasih sebab sudi melawat AADI
uneh:
why so serious?
Oh ye ke serius! hihi maaf jika terpaksa membaca komen Uneh tu. Uneh hanya menyampaikan pendapat sesetengah rakan termasuk tim Belantara sendiri.
Terbaik sila hubungi terus tim Belantara melalui page atau laman fb mereka.
Berkenaan kualiti dll cd Belantara, Uneh tak mahu menyatakan pendapat Uneh di sini & akan terus menghubungi pihak penerbit yg bertanggungjawab terhadap rilisan terbaru ini.
Selamat maju jaya buat Ijau D. Koceng.
Uneh,
rilek2 bro...apa yang kita suka tak semestinya orang lain pun patut kena suka...yang lahir tahun 70an akan berbeza dengan yang lahir 80an...suasana persekitaran, teknologi, trend semasa dan bermacam2 hal lain turut memainkan peranan...saya rasa kalau saya lahir tahun 1997 (seperti anak sulong saya) pastinya saya juga adalah pengemar K-POP...tiada yang salah dalam pilihan muzik...masing2 punya selera....
tentang kualiti cd...menyalahkan pihak penerbit yg bertanggungjawab terhadap rilisan terbaru ini pada saya adalah tindakan yang kurang bijak...mereka telah berusaha sedaya upaya...kita semua pun tahu yang cd rilisan semula ni sumber asalnya hanyalah dari LP...nak buat macam mana...semua master tape asal dah tiada...saya rasa kasihan dengan mereka2 yang berusaha untuk menyelamatkan khazanah muzik negara seperti Belantara dari terus pupus....komplen2 pasal kualiti cd rilisan semula ini membuatkan ada yang terasa hati...usaha2 mereka seolah2 tak dihargai...tak payah komplen sangat la...lebih baik ada dari tiada langsung...komen2 negatif telah menyebabkan projek ini tergendala...sekarang...siapa yang rugi...
sorry ijau...terpanjang pula komen aku kali ni...hahaha...
aku tengah susun ayat sebelum buat review. nanti bila dah review habis tachink semua kat fesbuk. hahahahahahha
Salam tn Berteromber, Uneh hargai pendapat tn.
Utk para pertama komen tn, Uneh bersetuju sangat. Malahan jika sesiapa tak suka dengan pendapat dgn tn Ijau (cth) melalui blog beliau itu hak masing-masing tetapi perlu hormati tn blog tersebut. Ada pilihan tak suka jangan layan & menyebok dlm blog tn Ijau.
Niat Uneh lebih utk berdiskusi & menyatakan pendapat sendiri hasil komen tn Ijau mahu pun tn.
Pendapat Uneh sudah tentu tidak menggambarkan semua individu berpendapat yg sama. Uneh memberi komen seikhlas yg mungkin tanpa ada kepentingan tertentu dgn tujuan yg tidak baik (jika dipandang lain...Uneh mohon maaf...tak sengaja tu...)
Berkenaan rilisan semula cd, memang Uneh tak mahu nyatakan di sini kerana menghormati kerja & usaha yg telah dibuat oleh pihak penerbit. Utk soal ini kita perlu beri penghargaan & secara tak langsung muzik Belantara masih dapat dinikmati dgn cara termoden (cd) pada ketika ini begitu juga pada masa hadapan.
Uneh belum menghubungi pihak penerbit & nyatakan pendapat Uneh berkenaan soal penerbitan cd Belatara tersebut akibat kesibukan kerja harian. Namun memang Uneh rasakan perlu buat secepat mungkin agar pendapat Uneh itu diperhalusi (bukan minta setuju bulat-bulat atau paksaan) oleh kerana ini melibatkan hasil kreatif anggota band Belantara sehingga bila-bila.
Baik sebagai contoh: sila dengar lagu Nostalgy dari mula hingga habis. Dengar dari kaset dan dengar dari cd rilisan baru itu. Sila periksa durasi lagu di kaset & di cd sehingga habis sebelum lagu NegaraMu Yang Utama.
Dengar deruan ombak pada mula lagu & di akhir lagu (fading). Bandingkan dgn kaset & cd. Sila ikuti di akhir lagu. Sebenarnya lagu tersebut telah dipotong terlalu cepat daripada asal sebleum berpindah kpd lagu seterusnya. Lebih kurang 7 saat (kiraan sendiri) terpotong iaitu bunyi ombak yg menderu yg menghilang sedikit demi sedikit.
Baik. Ternyata Uneh begitu cerewet. Tiada sesiapa pun yg megambilberat begini selain hanya Uneh. Tetapi Uneh melihat soal sesiapa sahaja yg dipertanggungjawabkan perlu berperanan teliti, respek & tahu apa yg dibuat ketika itu.
Mungkin kerana soal minat sangat sehingga lupa cara diuruskan, bagi Uneh ini memberi implikasi yg besar. Niat yg baik jika tak bersandarkan kerja yg juga baik, hasilnya boleh dipertikaikan kalau tiodak sekarang mungkin pada masa akan datang. Paling malang, mereka berpendapat ini hasil kerja anggota Belantara.
Kebimbangan Uneh adalah apabila rilisan cd seterusnya iaitu album Srikandi DCC (Di Sisi) yang banyak kesan-kesan khas bunyi seperti siren, letupan, deruan enjin kapal terbang dll, dipasarkan dengan atitude sebelum ini, bagaimana persembahan Belantara melalui cd tersebut dinilai oleh pendengar sepenuhnya(?!?!). Memang kita hargai usaha mereka yg menerbitkan semula tetapi jika kurang penghayatan, jika tak memahami 'karater' sebenar lagu & irama Belantara, tidak mahu bertanya (merujuk & belajar) dll, mohon sebelum buat sila kaji dulu hasil kerja kita. Paling terbaik merujuklah kpd anggota Belantara yg masih hidup sekarang.
Ada banyak lagi boleh Uneh nyatakan spt bunyi suara latar dll tapi Uneh faham batas & upaya format asal (master) dgn apa juga selain ini tak akan sama kualiti bunyi dll. Jika dah takde pilihan, apa boleh buat, buat je lah dgn apa yg ada asalkan musik Belantara tak mati setakat ini sahaja.
Baik. Terbaik jom ngeteh di area Kota Damansara utk kita lebih kenal & boleh bertukar pendapat. Kita borak-borak sekali bersama abam Belantara.
Maaf & terima kasih.
Post a Comment