Finnish power metal at it's best! |
(P)(C) 2011 Nuclear Blast GmbH. sudah pasti ia cetakan Jerman. Dengan saiz digipak ala-ala The Book Of Souls, sesuailah untuk koleksi walaupun aku tak berapa *follow Sonata Arctica.
Versi DVD. |
Selain itu DVD2 juga memiliki bonus material seperti the making, tour documents dan beberapa video muzik seperti lagu Don't Say A Word, Paid In Full dan Flag In The Ground.
Versi audio CD. |
Banyak band-band dari Finland memang best, antaranya (yang aku follow) Nightwish, Tarot dan Children Of Bodom. Persamaannya, mereka mempunyai elemen keyboard. Lagipun kalau mereka buat konset bukannya alang-alang walaupun hanya dalam kelab atau stadium tertutup. Vokal dan muzik memang mantap, contohnya lagu The Misery di bawah ni...
Vokal Kakko memang power.
Seperti Children Of Bodom, Sonata Arctica juga dikenali menerusi album A Tribute To The Beast, mereka memainkan lagu Die With Your Boots On dengan versi power metal yang ohsem. Selain itu gitaris mereka Elias Viljanen selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez sehinggalah beliau masuk khemah ESP (tahun lepas kot?).
*Tapi sayangnya aku tak berapa follow Sonata Arctica ni (macam kes Helloween/Gamma Ray), padahal muzik mereka paling senang masuk jiwa aku (power metal).
Material mereka yang aku ada hanyalah EP Don't Say A Word (dan beberapa mp3). Dulu waktu ada estock_deutschland, album-album Sonata Arctica memang mahal, kalau tak memang aku dah lengkapkan diskografi mereka.
_____
Ada apa: Bunyi keyboard Klingenberg ala-ala Wirman.
3 komen:
tak follow sangat tapi aku suka album "Silence"...semua lagu best...lama dah cadang nak upgrade dari kaset ke cd...tapi sampai sekarang belum tercapai...
satu lagi...EP "Successor" pun aku suka...best la dorang cover lagu "Still Loving You" dan "I Want Out"...ni pun ada versi kaset sahaja...
Sama ngan aku kenal band ni pun pasal lagu cover yg dia nyanyikan
Sonata Artica ni aku dengar sikit2 sana sini ok, tapi aku tak pernah nak kumpul, mungkin satu hari nanti beli satu best of collection gitu
Post a Comment