Baru-baru ni aku tertarik dengan EP terbaru mereka bertajuk The Final Dimension, yang dilancarkan pada 20/8/2016 yang lepas. Edaran Sony Music.
Dipesan melalui Facebook Kazanna minggu lepas dan berurusan terus dengan bassist mereka Zamir Georgie. Dengan harga RM25 seunit, aku memesan dua unit, seunit ditumpang oleh Azrol yang juga berminat untuk mendengar lagu-lagu kumpulan ni.
Bagi peminat Kamelot seperti aku, sekali tengok logo kumpulan dan gaya seni album sudah pasti Kamelot akan terlintas dalam fikiran.
Sebenarnya aku mula bermnat mengikuti kumpulan ni selepas menonton cover lagu Karma di Youtube. Amat jarang, ya jarang sekali (atau mungkin belum pernah) kita dengar kumpulan tempatan menjadikan Kamelot sebagai inspirasi.
Aku malas nak buat ulasan - tapi untuk kali ni aku cuba buat ulasan ringkas setiap lagu untuk rujukan rakan-rakan bloggers dan peminat Kazanna yang tersengaja melawat entri ni. Aku tak tau sejarah Kazanna, jadi ulasan aku adalah berdasarkan lagu yang aku dengar sahaja.
- The Final Dimension (intro) - Intro instrumental, sususan orkestra dan synthesizer acuan gaya muzik Nightwish, Kamelot dan sedikit Blind Guardian.
- Angel Of Heaven - Kali pertama dengar lagu ni, fuh muzik dan vibe macam Kamelot era Silverthorn. Muzik macam Kamelot ni bukan selalu orang buat.
- Destructive Anger - Intronya seakan-akan March Of Mephisto (The Black Halo) membuatkan anda
bangingmenganggukkan kepala secara otomatik. Riff utamanya pula berlenggok Parsi (Persian wave) membuatkan lagu ni agak eksotik. Solo gitar pun spot-on Thomas Youngblood. - Playground Of Hell - Hah! Tiba-tiba aku teringat lagu Scaretale (Dark Passion Play), kerana ada elemen spooky carnival dalam muzik dan lirik.
- Rise - Gubahan intro macam lagu Theater Of Pain (The Forgotten Tales). Lagu yang bersemangat. Hmmm... Kat mana aku dengar drumbeat dance "dub dub" macam ni? Oh ya, lagu Wish I Had An Angel (Once), mood pula seperti mendengar lagu rock 80an Gary Moore.
- My Last Tomorrow - Jika disuruh pilih lagu paling hebat dalam rilisan ni, aku pilih lagu ni. Ia didendangkan dengan penuh emosi. dengan vibe ala lagu Millennium (The Expedition). Kadang-kadang bab spoken words macam suara Matt Barlow (Iced Earth) atau Fernando Ribeiro (Moonspell) hahaha...
- Love Sophistry (Feat. Feeza Zulkarnine) - Straight forward Nightwish era Turunen, dengan vokal suprano gitu. Mungkinkah ini lagu lama mereka yang tak sempat dirakam sebelum ini, akupun tak tau... Sebab aku tak rujuk lagu-lagu lama mereka.
Kesimpulan
- Vokal mendayu-dayu ala Roy Khan dan Tommy Karevik, tapi dengan julat vokal yang lebih baritone ala Matt Heafy (Silence In The Snow).
- Semua lagu adalah dalam bahasa Inggeris tapi sebutan vokalis langsung tak ada pelat Manglish, sesuai untuk pasaran antarabangsa.
- Susunan orkestra dan synthesizer yang mantap, digabungkan dengan riff gitar yang berat, bam! Spot-on symphonic metal.
- Mixing yang bersih dan produksi yang setaraf dengan artis/kumpulan bernama besar.
- Inlay agak tebal, ada lirik, info-info penting serta gambar ahli kumpulan, jauh lebih bagus berbanding kebanyakkan inlay album rilisan semula yang menjadi trend semasa.
- Jika anda minat Kamelot atau genre symphonic metal secara amnya, sila dapatkan EP ni. RM25 sahaja, pasti akan puas hati.
_____
Ada apa: Boleh MUP cover satu lagu?
5 komen:
Aku suka dengar muzik yang sedap pada halwa telinga aku.
aku tak suka orang menggenrekan muzik pasal tu akan mengelirukan aku.
janji sedap aku tak pedulik.
aku suka jumpa atau tahu orang2 kat internet yang muzik lovers jugak.
bukan jenis orang melayu tapi hentam orang2 melayu lain teruk2 hanya kerana peminat2 melayu tu suka dengar lagu Search.
hahaa.
Banyak band2 yg bagus kat malaysia ni yg kita taktau.menarik jugak band kazanna ni.baru harini tau pasal band ni nanti aku cekidot
ada satu band tempatan Orion..pernah buat live dkt tawau,sabah bawak lagu cover Kamelot "forever"...
rasanya aku perna tgk live sekali kazanna ni, masa tu vokalis wanita.. kat onecafe dulu.. baru tahu plak skg ni vokalisnya lelaki. aku ingatkan masih wanita..
sayang band2 macam ni kurang dapat pendedahan...
Post a Comment