Gitar ni sebenarnya adalah gitar Azrol (gitaris utama MUP) diperolehi daripada Music Bliss melalui perantaraan aku. Beberapa bulan lepas Azrol bercadang untuk mendapatkan sebuah gitar tanpa sistem floating bridge dan gitar ni merupakan calon kedua selepas Epiphone Les Paul.
KIKOSP ni dipilih atas faktor kos dan playing style Azrol yang lebih kepada shredding. Pada asalnya Azrol target warna merah transparent red burst (TRB) supaya sepadan dengan Cort X-11nya. Tapi hanya warna hijau TEB ni saja yang ada stok, nak tunggu stok/batch baru harga dah *mahal, jadi terpaksalah lawan tauke (kalau faham).
Sebenarnya KIKOSP ni merupakan signature Kiko versi Gio, ya Gio. Jadi kualitinya setaraf dengan gitar Ibanez Gio yang pernah dimiliki (GSR190J, GRG270, GAX010LTD, GSR200EX, GARTB20).
Ada dua spesifikasi yang membuatkannya istimewa sebagai signature series berbanding Gio biasa; 1) inlay tribal Kiko pada fret ke-12 dan 2) headstock seperti RG/SA/S series, tiada tag "Gio" digantikan dengan "KIKO series".
*Sekarang model KIKOSP ni dah discontinued, digantikan dengan KIKOSP2 yang memiliki sistem floating bridge Std. DL tremolo yang menyebabkan perubahan harga yang ketara.
Selepas sessi fotografi (untuk entri blog ni), aku hanya "sempat" mencubanya secara unplugged. Walaupun ia berada di rumah aku selama dua hari sebelum dituntut oleh Azrol, tapi sebab mood aku sekarang lebih kepada Fallout 4, dah
Selamat daripada menjadi IDK sig Mark V.
_____
Ada apa: Kalau ada sessi jamming baru nak terkial-kial praktis balik.
2 komen:
Kiko pun minat warna ijau eh..
Agak tak abes lagi ke main fallout?
Pergh...dah boleh main lagu Angra lepas ni...
Post a Comment