Dalam trilogi William Black, setakat ini aku cuma ada episod pertama Infinite Entanglement (hanya ada format mp3) pada pendapat aku ia merupakan album terbaik Blaze Bayley selepas Promise And Terror.
Episod kedua Endure And Survive belum pernah didengar lagi materialnya dalam apa jua bentuk format. Manakala episod ketiga ini masih enjoy didengar walaupun tidak dapat menandingi susunan muzik dalam episod pertama. Episode pertama dan kedua bakal dirisik melalui Rock At Large.
Muzik yang lebih berat amat sesuai dengan julat vokal Blaze Bayley, jauh berbeza berbanding muzik era Iron Maiden mahupun Wolfsbane. Bangga kerana Blaze terus kekal dengan genre sebegini. Orangnya pun gentleman gitu~ Tak caya? Boleh singgah entri Dr. Bentara.
Untuk album ini, ada beberapa artis jemputan dalam senarai, yang menarik perhatian ialah Chris Jericho (WWE, Fozzy).
Album inipun kalau diikutkan masih lagi baru keluar ketuhar, rilisan 2/3/2018 yang lepas. Juga sedang sibuk tour sekitar Eropah, kadang-kadang berkolaborasi dengan Thomas Zwijsen untuk versi akustik.
Selebihnya, entahlah... Aku tak ada idea~ Up the Blaze! \m/
_____
AADI: Kalaulah dia buat tour sekitar Asia Tenggara, kan bagus.
1 comment
aktif betul dia ni...tak terkejar dah aku nak follow album2 dia...
Post a Comment