Seperti kebiasaan, gitar-gitar aku akan digantikan dengan pikap aftermarket jika tidak berpuas hati dengan pikap asal. Kenapa? Sebab aku boleh (because I can).
Seperti yang dijangka, pikap stok ESP Designed LH-150 yang digunakan adalah G&B Pickups seperti gitar-gitar LTD aku sebelum ini. Kaviti routing pikap pun boleh dikira kemas, trademark gitar-gitar buatan Indonesia.
Tapi kedua-dua pikap ini tiada bertanda yang mana satu khusus untuk neck atau bridge, spacing hujung ke hujung kutub (poles) pun sama ~62 mm.
Dan yang paling sedih, satu daripadanya tidak dibalut dengan sellotape fabrik. Terlupa? Atau adakah ia (dengan nada menyindir) penanda untuk pikap posisi bridge?
Berbalik pula kepada pikap DiMarzio, semasa semasang PAF 7 pada ring aku mula perasan sesuatu yang tak kena. Jarak lubang skru pikap DiMarzio lebih lebar berbanding jarak pada ring offset sekitar ~2 mm, nampak sangat skru agak terkangkang.
Ya, di situlah masalahnya, kavitinya tidak cukup lebar untuk dimensi pikap DiMarzio jenis 7-string. Nampak sangat rekabentuk DiMarzio sebegini khas untuk gitar yang pikapnya dipasang secara terus pada badan (direct mount) dan tidak mesra pickup ring.
Ada dua penyelesaian yang aku boleh fikirkan, tetapi kedua-duanya ada kelemahan atau halangan;
- Kikis sedikit "telinga" pikap sehingga boleh muat - disebabkan jarak lubang "telinga" hanya beberapa mm dengan hujung, kebarangkalian ia akan rosak/patah amatlah tinggi. Ia juga mungkin akan mengurangkan nilai (devalued) pikap ini.
- Lebarkan sedikit routing kaviti pikap - aku tiada perkakasan yang sesuai (Dremel?). Tukul dan pahat? Aku tidak yakin...
Dengan rasa sedikit kecewa, projek ini terpaksa
Bersambung...
Entri-Mini: Hari Gitar Sedunia 2019
Sumber. |
AADI: Lompat khemah lain?
0 comments
Post a Comment