SDX with black pearl pickguard? Hmmm... |
Tapi sebelum pickguard SDX ini dibuka (leceh, seperti entri ini) ada baiknya dimensi pikap dicuba pada pickguard SSS Lazada yang tersadai dari baki projek SSS So-Cal yang dibatalkan dua tahun lepas.
Ada masalah mula dikesan, dimensi untuk pikap Lace bersaiz singlecoil agak berbeza dengan dimensi lubang yang ada pada pickguard Lazada (dan mungkin sama pada pickguard SDX) yang bersaiz standard singlecoil Fender/DiMarzio.
Memang pikap Lace ini tidak muat tanpa sebarang modifikasi pada lubang pikap ini. Untuk opsyen kedua tadi, nampaknya perlu juga sedikit modifikasi pada lubang pikap singlecoil pickguard SDX kelak. Perlukan peralatan seperti Dremel untuk hasil yang lebih kemas.
Kini aku kembali dalam dilema, kerana kedua-dua opsyen memerlukan aku memodifikasi dimensi pickguard - sama ada saiz bridge pada Lace, atau lubang pikap pada SDX - yang kedua-dua modifikasi ini akan kekal (irreversible).
Tangguhkan dulu...
_____
AADI: Tuan YusTech, apa pendapat anda?
1 comment
Jika saya, saya pilih opsyen pertama. Ubah suai pickguard ke pickguard sedia di gitar itu.
Post a Comment