Ini pembelian ria (joybuy) sebagai penaman CD Jangan Gentar daripada batch ke-16 Radin Music Centre. Apologia Raw Jamming Edition sebuah buah album berkonsepkan rakaman terus (raw) sessi jamming rehearsal persiapan sebelum Konsert Apologia Search & Awie.
Seperti yang aku pernah katakan dalam entri-entri Search, aku tak berapa mengikuti Search berbanding Wings. Aku hanya ada album-album Search yang memiliki nilai-nilai nostalgik - Fenomena, Karisma, Rampage dan Bikin Wilayah.
Dalam inlay ada disertakan notis:
"Rilisan ini adalah bersempena persiapan Konsert Apologia Search & Awie pada 28 Mac 2020 anjuran Imaginex yang telah ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan virus Covid-19. Mutu audio mungkin tidak mencapai tahap yang memuaskan memandangkan ia hanyalah rakaman sessi latihan di studio. Kami berharap peminat-peminat Search serta semua penduduk Malaysia terselamat daripada wabak ini. InsyaAllah. Terima kasih."
Drummer Pae menggantikan Sang Gendang. |
Hanya memiliki tiga buah lagu vesi jamming iaitu Rock n' Roll Pie, Bayangan Baiduri/Gotik Malam Edan (medley) dan Pelesit Kota. Dengan tambahan sebuah lagu yang bukan daripada sessi ini iaitu Nur Nilam Sari versi rakaman asal 1998. Muziknya tiada beza dengan versi dalam album Bikin Wilayah, cuma mixing agak "flat dan kering".
Tapi bagi mereka yang biasa jamming di studio pasti akan bersetuju, lagu-lagu dalam album ini walaupun kualiti bunyi tidak begitu memuaskan, tetapi vokal, kualiti permainan dan keketatan (tightness) sebagai sebuah kumpulan memang tip-top.
_____
AADI: Aging Rockstars :)
0 comments
Post a Comment