Lebih seminggu tanpa entri blog lagi? 10 hari, berjaya mengalahkan rekod tahun 2017. Tak terbuat entri walaupun sebenarnya banyak juga gambar dan idea yang sudah dikarang dalam bentuk draft. Macam biasa, alasan kesibukan kerja harian, kesihatan dan keibubapaan. Entri ini sinopsis cerita menarik selama 10 hari lepas untuk menaikkan semula blogroll AADI.
Khamis 29/10/2020 - cuti Maulidur-Rasul sempat berjumpa anak buah/didik Chris Leong di Trumotion Myo Therapy untuk terapi kiropraktik (chiropractic) berurut tit tar Chris Leong Method. Masalah bahu yang dialami lebih 10 tahun dek kecederaan ketika aktif berfutsal dahulu sedikit sebanyak kini terasa lega.
Jumaat 30/10/2020 - tengah hari sakit kepala yang amat sangat, air liur terasa pekat, sebelah petang perut mual, ini petanda aku keracunan makanan. Dibawa tidur sepanjang petang menahan sakit, sebelah malamnya bila dimuntahkan isi perut (toksin) baru rasa lega.
Gambar hiasan. |
Kerja - Bertungkus lumus dikejar beberapa audit secara maya (waktu-waktu PKPx ni pun sibuk juga nak audit), tutup akaun sebelum bulan November, penilaian tahunan dan macam-macam lagilah ritual hujung tahun.
Sabtu 7/11/2020 - menghantar hampir kesemua gajet ICT aku yang tidak digunakan (rosak, outdated) ke Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (e-waste) anjuran Jabatan Alam Sekitar Bintulu.
Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...
Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020
Ahad 8/11/2020 - dihubungi oleh seorang rakan blogger melalui Messenger/WhatsApp mengatakan beliau kini terlantar di hospital dan didiagnos mengidap barah darah. Terkedu sekejap...
_____
AADI: Akan ditambah perenggan dan gambar tambahan kelak.
2 komen:
semoga dipermudahkan urusan bro.
Hidup jalan terus...
Post a Comment