Khamis (17/12/2020) - Sessi jamming di Luk Lalai Studio mencari semula kimia (chemistry) keserasian setelah sekian lama tak jamming yang serius penangan isu semasa selain Azrol yang baru sembuh daripada kecederaan tangan. Sessi ini juga sebagai persediaan untuk Muzikal Santai Sabtu nanti.
Walaupun menggunakan moniker Hepi;) tetapi penganjur tetap menggunakan nama MUP pada surat jemputan dan tentatif. Dan atas kekangan line-up (Nas Korawk dan Nuing bercuti), kami menjemput Azroy menjadi gitaris kedua dan aku menggalas tugas bassist.
Tiada peluang untuk aku memandu uji Mr. Smith dengan pikap Alumitone dan The Guitar Addict gig rig kali ini. Hanya menggunakan Tommy bersama-sama Fly Rig PL1 (mostly for compressor), hari kejadian mungkin akan menggunakan Francesco.
_____
AADI: Setlist? Mungkin main lagu-lagu santai saja.
0 comments
Post a Comment