15/2/2011 - Antara tarikh bersejarah dalam AADI yang tiap-tiap tahun akan ada entri throwback. Pejam celik, dah 10 tahun ceritanya kan Berteromber?
Nak trobek versi geng bloggers lain? Boleh baca versi:
- Deaf-Angel - Ulasan Pendek, Full Review, Bootlegger + NBT
- Berteromber - Part 1, Part 2, T09 View
- Takilala - Gambar-gambar dari Pen A
- Jairo - Review yang dah basi
Selain cerita konsert, seronok juga bila baca kembali entri-entri prequel contohnya Changi Airport, Jas Restaurant, ronda-ronda Swee Lee dan Davis bersama-sama Manggas.
Manggas, live in Singapore. |
Soalan sama, masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara? Ya dan tidak, kalau ikutkan jadual jelajah Legacy Of The Beast mereka tahun lepas, sepatutnya mereka akan singgah di Manila 16/05/2020, tapi isu pandemik membantutkan segalanya.
Jadual jelajah 2021 mereka pun setakat ini cuma ada tarikh-tarikh untuk Eropah sahaja, itupun aku boleh agak 50-50. Pandemik kali ini merupakan tamparan hebat untuk industri pelancongan, muzik dan perfileman.
Lama dah tak kontek Jairo. |
Dengan isu semasa dan tanggungjawab aku sekarang, memang tiada lagi peluang untuk aku menonton konsert mereka jika ada singgah di mana-mana bandar Asia Tenggara, apatah lagi Kuala Lumpur (yang agak mustahil). Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya bucket list untuk Iron Maiden sudah tertunai 10 tahun lepas...
Angkat besi! \m/
_____
AADI: Mana khabar (angin) album ke-17?
4 komen:
10 tahun dah yer... giler cepat betul masa...
Aku kalau Singapura mungkin...negara lain tak la kot...
fuhh.. memang sejarahlah aku hanya mampu menatap flayernya kat belakang majalah karisma masa tu.. kalau ada peluang lagu gini sekarang ni lepas covid ni. aku akan pergi.. aaarghhh
siok banar masa ani
biasa kalau konsert, memang sempat mini-gathering dengan bloggers lain, waktu ni dengan Berteromber... Metallica KL2013 dengan Ezaidi Metal Brain Asylum, Megadeth KL2017 sekali lagi dengan Berteromber dan Mus Speedrider
Post a Comment