Sebelum bertukar hakmilik, Mr. A sudahpun memasangkan set tali baharu pada Shiro (ESP Eclipse-II) ini, katanya Elixir 10-52. Pengalaman aku, saiz 10-52 agak serba-boleh untuk gitar berskala 24.75" pada talaan yang selalu aku guna - Eb-standard/drop-C# dan E-standard/drop-D.
Tapi aku was-was dengan saiznya kerana terasa agak keras pada talaan Eb-standard berbanding 10-52 Ernie Ball dan Skull Strings yang pernah aku guna sebelum ini.
Aku tak pernah beli tali jenama Elixir, tapi ikut pengalaman pada tali bass ex-Black Ice, sadurannya akan mula "membulu" akibat selalu kena pick. Jadi kebarangkalian ini adalah tali jenama Elixir amatlah tinggi.
Untuk mengetahui diameter tali, aku menggunakan angkup digital Mitutoyo, pinjam opis punya. Aku ada angkup vernier versi Mr. DIY/Super Save, tapi untuk bacaan bawah 1 mm memang tak tepat dan jitu.
Selepas diukur ternyata set tali ini bersaiz 10-13-17-30-42-52, tapi entahlah kenapa tidak "feel" seperti dua jenama di atas tadi.
Mungkin akan dipasangkan dengan set Turbo Slinky (9.5-46) yang diperolehi beberapa minggu lepas. Ernie Ball ni tak boleh disimpan lama-lama dalam stok, nanti menyesal... Sempat menjenguk TOM bridge dan tailpiece, ternyata ia juga berjenama Gotoh.
Bersambung...
_____
AADI: Set Elixir dikitar semula untuk gitar lain.
0 comments
Post a Comment