Bersempena dengan Hari Kesedaran Austism Sedunia hari ini, tergerak hati nak buat entri berkaitan autism. Berikut antara anekdot autism yang pernah aku kongsikan dalam AADI.
"Oh ya, aku jarang bercerita pasal keluarga dalam AADI. Anak kedua aku, Ijau Jr. (bakal berumur tiga tahun) setelah didiagnosis oleh doktor pakar, memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder (ASD) dan kini menjalani terapi sebulan sekali. Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.
Menjadi ibu bapa kepada anak autism memang mencabar, seperti slogan t-shirt di atas "tuhan menduga kita". Cabaran besar untuk aku ialah sabar, aku sememangnya seorang yang baran, tuhan menduga aku supaya menjadi seorang yang lebih penyabar, insya-Allah..."
- Entri 23/02/2018
"Bila dikurniakan anak yang didiagnosis mempunyai ciri-ciri autism spectrum disorder, barulah aku faham apa itu autism. Yang pasti golongan autism ni ada ciri-ciri istimewa, Ijau Jr. yang aku perhatikan dapat menghafal nombor 1-10 (Bahasa Melayu dan English), ABC dan alif-ba-ta dalam masa yang singkat."
- Entri 02/04/2018
"Adiknya Ijau Jr. juga mula bersekolah TASKA tahun ini. Sebenarnya lebih risau melepaskan adiknya (yang didiagnosis memiliki ciri-ciri ASD) ke TASKA berbanding kakaknya tiga tahun lepas."
- Entri 10/01/2019
"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi semenjak mula bersekolah TASKA tahun ini, Ijau Jr. menunjukkan banyak perubahan dari segi komunikasi, sosial dan akademik (selain hasil sessi terapi bulanan). Terkejut juga bila baru-baru ini Ijau Jr. menerima anugerah Pelajar Terbaik Kelas Mandarin dan Pelajar Contoh bersempena Hari Keluarga TASKA."
- Entri 21/11/2019
"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi syukur mulai bulan ini Ijau Jr. sudah boleh discharged daripada menjalani sessi terapi carakerja (occupational therapy) bulanan setelah dua tahun menjalaninya. Juru terapi juga berpuas hati dengan perkembangan Ijau Jr. sepanjang dua tahun terapi. Tapi bagi aku, paling banyak membawa perubahan adalah semenjak dia bersekolah di TASKA."
- Entri 12/03//2020
"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tahun ini anak ASD aku Ijau Jr. akan masuk enam tahun, masih disekolahkan di TASKA yang sama. Walaupun tahap berkomunikasinya seperti 1-2 tahun lewat berbanding umur, tapi syukur kerana sudah boleh berinteraksi dengan orang sekeliling. Kelebihan ASDnya, seawal umur lima tahun dia sudah pandai membaca, ya membaca bukan mengeja."
- Entri 11/01/2021
Banyak sebenarnya pengalaman yang aku boleh ceritakan, tapi biarlah setakat ini dahulu... Kalau ada idea dan mood, mungkin aku akan tambah lagi di bawah.
_____
AADI: Different, not less.
2 komen:
All the best untuk Ijau Jr
tahun depan dah nak masuk darjah 1
Post a Comment