Selepas menonton trailer rasmi kedua Spider-Man: No Way Home semalam, tergerak hati nak buat entri. Jarang-jarang meremang bulu roma bila tengok trailer filem, kali terakhir ketika era Avengers dulu.
Dengar khabar (angin?) selain Spider-Man MCU - Tom Holland, dua *Spider-Man Sony - Andrew Garfield dan Tobey Maguire - juga dikatakan akan muncul dalam filem ini. Terasa vibe multi-verse seperti filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse beberapa tahun lepas.
Filem-filem The Amazing Spider-Man (Andrew Garfield) aku tak tahu jalan cerita, sebab tak pernah tonton baik di pawagam atau DVD. Yang disiarkan di TV pun rasanya tak pernah tengok awal sampai habis.
Berbeza pula dengan trilogi Sam Raimi (Tobey Maguire) yang banyak memori. Filem pertama (2002) tonton DVD beramai-ramai dengan housemate Batu Uban Penang, filem kedua (2004) dilayan berseorangan di pawagam Mega Pavilion Bukit Jambul Penang, manakala filem ketiga (2007) ditonton di pawagam Star Cineplex Bintulu bersama rakan-rakan sekerja.
Trivia - Kenapa format ejaan "man" Spider-Man tak sama macam Batman/Superman atau Iron Man?
_____
AADI: *Harapnya Venom pun akan menampilkan diri.
0 comments
Post a Comment