Ini kali kedua aku menukar tali bass Tommy (Ibanez SR300), kali pertama dengan Rotosound Roto Bass RB45. Set tersebut mampu bertahan lebih empat tahun dengan belasahan beberapa kali sessi jamming, gig dan persembahan awam. Juga pernah dilepaskan kepada si Korawk dan dimiliki semula tahun berikutnya atas nilai-nilai nostalgik (IDK sig Mark IV lah katakan).
Kali ini dipasangkan dengan set D'Addario EXL220BT balanced tension (40-95) yang diperolehi daripada Bentley Music tahun lepas. Memilih gauge yang lebih kecil berbanding 45-105 sebelum ini untuk feel yang lebih menggelebeh.
Dalam kesempatan yang ada, fretboard dicuci dengan produk Dunlop sebelum dipasangkan dengan tali. Fretboard rosewood memang menyerlah selepas dicuci dan disapu lemon oil berbanding ebony.
Juga membersihkan bridge assembly yang penuh dengan habuk di bawah saddle. Bridge Accu-cast B120 ini antara yang mudah dibuka, diservis dan diintonasi semula.
Pada pendapat aku, untuk tali bass walaupun 2-3 kali ganda lebih mahal berbanding tali gitar, tapi amat berbaloilah dengan tempoh jangka hayatnya. Itupun dengan penjagaan yang optimum. Mungkin untuk 4-5 tahun akan datang boleh diusulkan untuk tali bass yang lebih premium - mungkin jenis bersadur (coated) atau lilitan rata (flatwounds, half rounds).
_____
AADI: Akan menyambut ulang tahun ke-10 pada Mac 2024.
0 comments
Post a Comment