Ketika entri kopi tin Old Town classic aku tak pernah minum kopi di premis Old Town, tapi ketika musim PKP pertama sempatlah memesan set sarapan daripada premis tersebut (via Foodpanda), ternyata kopi putihnya memang hype. *Sekarang ia antara premis kopi francais kegemaran mengalahkan kopi premis-premis teh boba yang lain yang juga menjual kopi.
Kopi tin Old Town perisa hazelnut ini pun sudah beberapa kali aku cuba, tapi tak pernah terbuat entri AADI lagi. Berbanding perisa classic, perisa hazelnut ini terasa lebih lemak, lebih manis dan aroma hazelnut yang kuat mengalahkan hazelnut Nescafe Cold Brew dan hazelnut Ah Huat.
Ironinya ia dibuat di kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd. Shah Alam tapi diedarkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. Ipoh.
_____
AADI: *Di Bintulu kini nama premisnya menjadi Oil Town.
2 komen:
macam sedap...nanti aku cuba
entri hari ni perisa salted caramel pula, cekidaut
Post a Comment