Dalam entri RG331M Oktober 2017 aku pernah kata:
"Ini bukan wiring asal dari kilang Ibanez, sebelum dipasang semula dengan set pikap INF, gitar ini pernah dipasang dengan set Seymour Duncan Hot Rodded. Aku pernah terbaca resit servis, memang kena cas gila-gila - install pikap lain cas, wiring lain cas, darab dua pikap, cas pro-setup lagi fuh! Memang untung atas angin."
Beberapa hari lepas aku terjumpa resit yang dimaksudkan semasa mengemas dokumen-dokumen lama. Bila tengok cas yang dikenakan, aku bersyukur kerana semua eksperimentasi/projek pertukaran pikap gitar-gitar aku sejak 2011 adalah dilakukan sendiri (DIY).
Kalau gitar rakan-rakan pula, aku masih berpegang pada prinsip "jangan cas harga pro, kalau servis kita tak sampai tahap pro". Pernah juga servis gitar rakan, dibayar dengan karbon dioksida sahaja.
_____
AADI: Buka/pasang seketul humbucker saja dah RM20.
0 comments
Post a Comment