Ini antara rilisan yang ditunggu sejak 2020...
Ketika aku menjadi bassist bidan terjun Erectus untuk gig Metuk Ulau Fest 2020, aku tiada rujukan rasmi untuk lagu-lagu mereka selain YouTube dan mp3 kualiti rendah rakaman awal. Ketika itu EP ini masih dalam proses mastering.
Batch terawal EP ini ingin didapati daripada distro Metuk Ulau Underground Voices atau Luk Lalai Studio, tapi terdapat masalah pada cetakan CD batch tersebut dan terpaksa dipulangkan semula kepada pihak pencetak.
Untuk batch seterusnya agak sukar didapati di Bintulu kerana selalu sold-out. Inipun diperolehi melalui platform Shopee dari distro Garage Palakbesi yang diusahakan oleh seorang rakan kepada rakan di Miri.
Bernaung di bawah MeNJREX NeRTO Production, proses rakaman di Luk Lalai Studio Bintulu, mixed and mastered oleh Dark-E (Sil Khannaz, Vociferation Eternity, Dissectomy) di Fingers Work Studio KL.
Memuatkan empat buah lagu - Komander Teragung, Saqang, The Ancient Throne Of Metal dan Gemersik Ritma. Hanya TATOM sahaja yang aku tak pernah dengar sebelum ini.
Bangga juga kerana ada nama aku dinyatakan dalam inlay. Dan menjadikannya pembelian CD pertama aku (walaupun cuma EP) untuk tahun 2022.
Juga disertakan dengan beberapa keping freebies antaranya gambar band Erectus bersaiz poskad dan beberapa flyers untuk rilisan tempatan yang boleh didapati daripada Garage Palakbesi.
_____
AADI: Jangan serik jika perlukan khidmat bassist bidan terjun lagi, hahaha...
2 komen:
Band yang aku tau wujudnya dari blog ni... tapi tak pernah berpeluang nak dengar muziknya...nanti try youtube
mula-mula tengok Erectus waktu gig
kemudian berkongsi pentas dengan Erectus semasa gig yang sama
akhirnya main gig sebagai bassist (bidan terjun) Erectus
Post a Comment