Semalam (6/6/2022) katanya hari menukar tali gitar sedunia (belum rasmi) yang diterajui oleh D'Addario.
"Join us in celebrating #WorldStringChangeDay, our annual salute to the ritual of winding up a fresh set. Nothing beats the tone, feel, and renewed sense of inspiration that comes with a new string change, and there's no better time to refresh your instrument than World String Change Day!"
- Hype website D'Addario.
Tak ada pula gitar-gitar aku yang perlukan pertukaran tali baharu dalam masa terdekat ini. Kali terakhir pun abang long Goldie beberapa minggu lepas tapi dengan set Turbo Slinky (9.5-46) Ernie Ball. Kalau jenama D'Addario pula, yang terkini ialah tali bass EXL170-6 pada Francesco bulan Mei lepas.
Aku berani menyimpan stok banyak tali gitar berjenama D'Addario berbanding jenama lain kerana ia terbukti tahan lama dalam simpanan. Jenama kegemaran seterusnya ialah GHS dan Rotosound. Kalau Ernie Ball tu faham-faham sajalah, kalau nak guna baru beli.
_____
AADI: SIT pun ok, tapi susah cari.
0 comments
Post a Comment