Ini antara kopi latte botol yang sedap aku pernah rasa, cukup pahit, cukup manis dan cukup lemak. Aku lupa di mana aku beli, mungkin pasar raya F. Harganya pun aku dah lupa, tapi tak sampai RM2.00 untuk sebotol berisipadu 180 ml.
Buatan PT Tirta Fresindo Jaya, Indonesia, geng-geng Kopiko Lucky Day dan Latte 78°C ni. Diimport oleh Mayora Malaysia Sdn. Bhd. Shah Alam.
Dengan saiznya yang kecil, ia mudah "diseludup" masuk ke dalam pawagam, hehehe... Saiznya juga merupakan kelemahannya, kerana 180 ml rasa tak puas sekali teguk dah habis.
_____
AADI: Ada satu lagi perisa cappuccino.
0 comments
Post a Comment