Sekali lagi memesan set patch cable Ernie Ball daripada Swee Lee. Kali ini berukuran 1.5 kaki dengan jack jenis straight-angle (P06076).
Kegunaan utama kabel ini ialah sebagai penghubung antara gitar dengan sistem tanpa wayar (wireless) Joyo JW-03 yang modulnya disangkut pada strap gitar. Mencucuk modul wireless terus pada gitar biasanya menghadapi risiko ia patah jika tersangkut, terlanggar atau terhentak. Dengan kaedah sebegini, modul akan lebih selamat dan ergonomik selain nampak kemas dan lebih profesional (katanya).
Modul wireless tadi disangkutkan pada strap menggunakan cable tie (atau apa jua kaedah lain) dan disambungkan dengan patch cable tadi menggunakan coupler TRS Hosa. Worst case scenario, jika kabelnya tersangkut atau tersentap, ia akan "putus" pada bahagian coupler tadi.
Pengalaman beberapa kali membuat persembahan pentas dengan ruang legar yang luas membuatkan sistem wireless sebegini lebih optimum berbanding kabel yang panjang. Nyalaan LED biru "mata Batman" juga nampak seperti high-tech pada pentas yang gelap.
Persoalannya, bila nak buat persembahan pentas lagi?
_____
AADI: Selamat berbulan April.
0 comments
Post a Comment