Ini antara saki-baki entri makan/minum untuk bulan puasa lepas. Seperti mochi boba dalam entri tahun lepas, ia sebenarnya bukanlah ais krim tapi lebih kepada mochi sejuk berperisa matcha dengan inti kacang merah.
Seperti biasa saiz hidangannya tidak memuaskan, tidak padan dengan harga yang agak premium iaitu RM3.50 di pasar raya B. Dengan harga yang sama lebih baik dapatkan ais krim Kit Kat atau Nescafe Gold. Tapi kalau dari segi rasa, mengunyah mochi sejuk yang kental memang satu perasaan yang kimochi~
_____
AADI: Kalaulah saiznya sebesar kuih pau.
0 comments
Post a Comment