Diari bulan ini tidak banyak yang menarik, hanya menjadi "mangsa" teman bertumbuk beberapa sessi sparring bersama budak-budak PS Boxing (bawah naungan Bintulu Boxing Association) sebagai persediaan untuk mereka mengikuti Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak di Sri Aman pada 20-26/08/2023.
Beberapa kali sparring dengan mereka ini, boleh aku rumuskan setiap kelebihan mereka, Nic - kidal/southpaw, body shots expert, John - aggressive, Kenny - nimble/agile, Abid - long-ranged attacks, coach Ting - ah he's just a coach, hahaha...
Sebenarnya coach kami ni pun bukan calang-calang orangnya. Louis Ting Chek Tee, atlet SUKMA XVIII Sarawak tahun 2016.
Oh ya, beberapa hari lepas juga mencapai perbatuan (milestone) kerana berat badan aku tidak lagi bermula dengan angka 9. Kini sudah bermula dengan angka 8. Aku dapat membuktikan pada Mrs. Ijau yang aku boleh menurunkan berat badan dengan hanya bertinju tanpa mengawal pemakanan. Maksud aku, makan masih macam biasa, tak ada diet-diet. Sebelum menyertai tinju, berat badan aku hampir mencecah 3-digit.
_____
AADI: Cuti berboksing pula aku minggu ni...
0 comments
Post a Comment