Sedar tak sedar hari ini sudah 10 tahun konsert Metallica Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (throwback part 1, part 2, part 3). Sehingga kini masih belum ada ura-ura untuk mereka kembali ke KL. Paling dekat pun mereka singgah Singapura pada Januari 2017, tapi KL tarak.
10 tahun kemudian juga kita kena akur yang hero/idola 80-90an kita semakin tua, Papahet pun awal bulan ini menyambut ulang tahun ke-60. Namun respek kepada mereka kerena masih aktif dan mampu beraksi di atas pentas yang luas.
"Metallica begitu sinonim dengan metal, mereka membuatkan metal menjadi mainstream, ramai yang sebaya denganku mula minat metal kerana Metallica. Harapanku agar mereka dapat merilis sekurang-kurangnya satu lagi album sebelum mereka berpencen wajib. Kalau dapat singgah KL lagi, itu kira bonus..."
- Entri 40 tahun Metallica.
Suka dengar kalau Hammett yang ditemuramah, tanpa gangguan Ulrich.
@1:08:30 setuju dengan Hammett.
Apa-apapun, nama Metallica akan tetap menjadi antara yang teratas sebagai pengaruh kehidupan metal aku secara amnya dan alam kegitaran secara khususnya (Les Paul, ESP, EMG). Dapat tengok konsert mereka 10 tahun lepas pun dah kira tercapai hajat bucket list, bersama-sama Iron Maiden Singapore 2011 dan Megadeth KL 2017.
_____
AADI: Apa khabarnya ABC Band?
2 komen:
Mereka ni nama besar dan rasanya tak akan ada masalah nak datang semula ke Malaysia kalau mereka ada buat tour dekat2 sini...cuma harga tiket lah... mungkin tak dapat macam dulu...
kalau ongkos, masa dan waktu ngam, apa salahnya? :)
Post a Comment