Outshock Liner Glove 500 Ergo ini diperolehi terus daripada website Decathlon Malaysia dengan pengeposan percuma menggunakan SkyNet.
"The boxing liner glove that is closest to a professional bandage. Its innovative design ensures ease of dressing, cushioning, and striking comfort."
- Website Decathlon.
Ease of dressing, ya itulah kelebihan produk ini berbanding wrap tradisional, ia lebih mudah dan cepat dipakai dan balutan tahap profesional dengan padding pada bahagian buku lima.
Memang betul-betul muat (snug fit) jika dipakai di dalam glove Outshock BG120, tapi agak ketat dan kurang selesa jika dipakai di dalam glove Everlast aku.
Produk ini buatan Pakistan tidak seperti BG120 buatan Vietnam. Cuma pada pendapat aku ada dua kelemahan, pertama fabrik untuk wrap terasa kurang kualiti, agak nipis dan terlalu elastik berbanding wrap Everlast yang selalu diguna. Kedua, membukanya mengambil masa sedikit kerana ketat terutama pada bahagian celah jari.
Bersama-sama kombo BG120 tadi, ia akan digunakan untuk sessi latihan menumbuk beg dan pad (bag/pad work). Untuk sessi sparring malam Rabu (fight night) masih relevan menggunakan wrap tradisional dan glove Everlast aku yang lebih mesra muka lawan kerana padding yang lembut.
_____
AADI: Advanced boxing gear?
0 comments
Post a Comment