Hari ini katanya ulang tahun ke-30 untuk album solo kedua Bruce Dickinson Balls To Picasso. Bagi aku tiada apa-apa yang menarik pada album ini kecuali lagu Tears Of The Dragon, codenamed "lagu naga".
Itupun ada memori kerana selalu didengar melalui album kompilasi The Best Of Bruce Dickinson bersama-sama lagu Laughing In The Hiding Bush yang juga ada dalam kompilasi tersebut. Lagu lain memang agak asing bagiku...
Lagu naga ini juga suatu ketika dahulu antara lagu wajib jamming MUP dan pernah dimainkan live kali pertama semasa Oktoberfest 2012. Memang enjoy main lagu ni sebab permulaan power ballad, chorus penuh emosi, solo pertama bergulung, lepas klimaks masuk pula bab reggae mengiringi solo kedua ala latin. Rindu buat persembahan seperti video di atas, ketika semua masih bersemangat main muzik.
_____
AADI: Slowly I awake, slowly I rise...
1 comment
1994 adalah antara tahun yang Mat Metal mengelabah nak bereksperimen....dan ini adalah salah satu hasilnya..haha...
Post a Comment