Untuk bulan Julai pula, aku hanya sempat menyertai 2-3 sessi sahaja. Berehat hampir sebulan pasca-C19 supaya paru-paru betul-betul sihat sebelum kembali melakukan aktiviti kardiovaskular. Serius, siapa yang pernah kena C19, memang semput weh~
Oh ya, bendera Mexico tersebut merupakan cenderamata daripada seorang ahli PS Boxing warga Mexico yang bekerja di Bintulu (kontrak, aku tak pasti kerja apa, mungkin sektor minyak dan gas) bernama Jesus Luis. Telah menyertai PS Boxing sejak tahun lepas di gym lama (Vortex), sempatlah jadi training/sparring partner aku beberapa kali.
Kena kayuh perlahan-lahan sekurang-kurangnya satu sessi seminggu untuk kembali fit seperti sebelumnya. Berat pun dah meningkat beberapa kilo semenjak "kurang aktif" selepas raya, mahu tak mahu aku kena kawal pemakanan jugalah terutamanya pengambilan gula - penyumbang utama, kopi.
_____
AADI: Itu belum lagi cerita faktor osteoarthritis pada lutut.
0 comments
Post a Comment