Satu lagi album Iron Maiden mencecah krisis pertengahan hidup dua hari lepas (03/09/2024). Seperti SSOASS dan POM, sebagai sebuah entiti album, aku tiada apa-apa memori mengenainya.
Tapi jika cerita hampir setiap lagu di dalamnya pasti akan mengingatkan aku pada beberapa era. Aces High dan 2 Minutes To Midnight pastinya dikenali dan dilayan menerusi album kompilasi Best Of The Beast. Anthem rock/metal yang malar segar sehingga kini.
Lagu Powerslave pula dikenali melalui versi cover daripada Darkane dalam album kompilasi A Tribute To The Beast. Kemudian diminati bersama-sama lagu Rime Of The Ancient Mariner selepas menonton persembahan hebat dalam DVD Flight 666.
Dan selepas 2015, lagu 2MTM menjadi antara lagu cover wajib MUP setiap kali ada persembahan. Teringin pula nak cover lagu Ace High atau Powerslave itu sendiri. Tapi apakan daya...
Terkini, atuk-atuk dah mula tour ke Down Under. Tengok jadual, memang bye-bye-bye-lah Asia Tenggara. Hutang Manila 2020 pun entah bila akan dibayar?
_____
AADI: Pejam celik, pejam celik, Senjutsu pun dah berusia tiga tahun.
1 comment
2 minutes tu pengenalan aku pada Maiden
Post a Comment