Aku perasan beberapa teaser sama ada di Facebook Joe Barbarik (JoBranko), Gibson Guitar Avenue mahupun Music Bliss.
Rupa-rupanya inilah maksudnya...
Tahniah! Jo memang layak untuk menjadi duta Gibson Malaysia.
Pada pendapat aku, tiada keperluan untuk "signature" Jo Branko kerana Les Paul Custom Black Beauty (lefty) memang sudah sinonim dengan Jo Branko sejak penghujung 90an lagi. Itulah "signature" Jo Branko. Lagipun statusnya hanya sebagai "duta" (kontrak setahun je?) dan bukannya "artis rasmi" Gibson.
Gambar lama, masih ber-Lace. |
Selain Adrian Smith, Jo Branko juga antara artis (tempatan) yang menjadi idola/pengaruh untuk aku menggunakan gitar Les Paul. Walaupun hanya mampu versi Epiphone (setakat ini) dengan abang long Goldie dan gitar rimau Tigera.
_____
AADI: Malas nak ulas isu semasa berkaitan Awie/Wings.
0 comments
Post a Comment