Sudah hampir penghujung 2024 baru tergerak hati mengeluarkan Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dibawa jamming minggu lepas. Warna "metallic charcoal"nya kini sudah kehijauan dan secara rasminya menjadi IDK signature (self-proclaimed) *Mark VIII.
Suis toggle gitar ini selalu bermasalah antara sebab aku jarang menggunakannya, sudah tiga kali ditukar tapi tidak direkodkan dalam entri AADI. Suis yang ketiga ini aku guna jenis syaf panjang ala Gibson (tapi bukan Switchcraft) harapnya dapat bertahan lama.
Selepas jamming minggu lepas, ia dipasangkan set tali baharu Elixir Nanoweb (9-42) menggantikan set tali asal yang tidak pernah ditukar sejak dimiliki dua tahun lepas (D'Addario, 10-46?). Ditala dan diintonasi pada E-standard.
Saiz 9-42 lebih sesuai untuk gitar ini tidak seperti kedua-dua Les Paul yang aku miliki (Goldie, Tigera) yang lebih sesuai dengan 9.5-44 atau 10-46 untuk talaan E-standard. Mungkin kerana faktor bridge Bigsby yang membuatkan tali-talinya menjadi agak kenyal.
Dalam kesempatan yang ada, fretboard dirawat dan dikondisi dengan produk Jim Dunlop. Kini ia nampak lebih gelap seperti kayu ebony.
Antara kesimpulan pasca pandu-uji jamming minggu lepas:
- Beratnya 4.1 kg, lebih kurang berat abang long Goldie (4.0 kg), terasa jugalah lenguh-lenguh bahu menggalasnya untuk dua jam jamming.
- Ia tidak seresonans seperti kedua-dua Les Paul aku jika dimainkan seadanya secara akustik, tapi agak berbeza ketika diamplifikasikan. Kombo Seymour Duncan 59/JB memang cemerlang untuk aplikasi ini.
- Radius fretboard 15" agak rata seperti superstrat, bila sudah terbiasa dengan radius 12" terasa agak janggal.
- Aplikasi bridge Bigsby tona hanya dapat turun/naik satu fret (half-tone). Ia tidaklah secemerlang Floyd Rose atau tremolo fulkrum ala Strat, tapi ia bukan dicipta untuk aplikasi sebegitu.
- Selebihnya jika biasa menggalas Les Paul, tiada masalah untuk transisi kepada gitar ini.
Ia akan direhatkan seketika jika ada sessi jamming untuk memberi laluan kepada Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang belum pernah dipandu-uji jamming. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan kombo DiMarzio PAF Pro/Super 3.
0 comments
Post a Comment