Sejak musim pertama mula disiarkan beberapa tahun lepas (2024), aku tidakpun terliur untuk menonton siri TV Fallout yang distrim eksklusif melalui Amazon Prime Video.
Tapi semenjak tamat musim kedua beberapa minggu lepas, majoriti komuniti Fallout di internet memujinya kerana ia antara siri TV adaptasi dari video game yang terbaik setakat ini. Dan kebarangkalian plot untuk musim ketiga semakin ohsem, maka tergerak hati untuk menontonnya.
Memandangkan aku pernah ada akaun Amazon, cubalah untuk melanggan Prime Video Malaysia dengan harga RM25 sebulan. Baru nak melanggan, tiba-tiba ditawarkan dengan percubaan percuma 30-hari (free 30-day trial), dengan pantas peluang terus diambil.
Sudahpun binge-watch lapan episod musim pertama beberapa hari lepas dan musim kedua dicadang sepanjang cuti CNY nanti. Berikut antara post-mortem aku sebagai seorang peminat siri game Fallout tanpa membuka spoiler.
- Bijak bagi showrunner menggunakan lore dunia Fallout sebagai plot cerita tanpa mengganggu canon game yang sedia ada. Plotnya tidak diadaptasi terus dari mana-mana plot game dalam siri Fallout.
- Musim pertama ini berlatar belakangkan California (Shady Sands sebagai bandar utama), tapi teknologi, pakaian, persenjataan adalah seperti yang digunakan dalam game Fallout 4 (Boston/Commonwealth).
- Lagu-lagu runutnya semua pernah dipopularkan (semula) dalam siri-siri game Fallout. Otomatik aku akan berkaraoke mana-mana lagu yang aku ingat.
- Serius, aku tak pernah minat lakonan Walton Goggins sebelum ini yang selalunya menjadi watak protagonist. Tapi dalam siri TV Fallout ini, lakonannya sebagai Cooper Howard/The Ghoul memang superb.
- Ella Purnell dengan matanya yang besar memang sesuai dengan watak vault dweller Lucy MacLean yang naive.
- Unsur-unsur LGBTQ+ dan DEI memang ada, tapi bijak bagi showrunner mengasimilasikannya dalam dunia Fallout tanpa perlu menonjol seperti siri TV lain.
- T-60 Power Armor menggunakan efek praktikal dan bukan CGI, tapi agak cemerkap semasa beraksi.
Bersedia untuk binge-watch musim kedua yang berlatar belakangkan Fallout: New Vegas.
_____
AADI: War never changes.





0 comments
Post a Comment