Seperti yang disasarkan dalam entri 16 tahun bergitar, mulanya ingin melepaskan gitar Ibanez RGA42FM (Lagoon) ini, tapi kebelakangan ini anak aku si Arlo pula minat dengan gitar ini berbanding gitar lain dalam axology aku. *Si Arlo ini mula menunjukkan ciri-ciri minat muzik rock sejak tahun lepas.
Dipasangkan dengan pikap generik SoulDiM alnico (neck 8k, bridge 12k) dengan kemasan zebra yang diperolehi melalui Shopee, set pikap model paling murah dalam katalog SoulDiM. Pikap sebelum ini dipasang semula pada gitar asalnya iaitu Swede (Hagstrom Ultra Swede).
Walaupun outputnya tidak se"hi-fi" pikap berjenama (ikut pendengaranku), tapi sekurang-kurangnya gitar ini dapat digunakan tanpa perlu melambungkan harganya. Pemasangan mengambil masa tak sampai setengah jam kerana suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5 yang memudahkan kerja-kerja pematerian.
Kemudian dipasangkan dengan tali Ernie Ball Hybrid Slinky (9-44) pada talaan E-standard. Seperti siri-siri RG Ibanez yang pernah dimiliki sebelum ini (RG350M, GRG270), hampir terlupa betapa selesanya memainkan sebuah RG (ringan, ergonomik), terutama varian RGA yang memiliki badan yang cembung.
Sekarang agak berbelah bagi pula jika ingin melepaskannya lagi. Aku pernah mengiklankannya kepada rakan-rakan sepergitaran, mujurlah belum ada yang berkenan.
_____
AADI: *Mrs. Ijau pun tepuk dahi...








0 comments
Post a Comment