Semalam (13/05/2026) katanya ulang tahun ke-10 game Doom 2016. Walaupun ia rilisan 2016, tapi aku hanya berpeluang memainkan versi PS4 ketika musim PKP 2020. Antara game yang pastinya mengingatkan aku pada musim tersebut selain The Last Of Us, Tomb Raider dan Days Gone.
Aku ni boleh dikira veteren game FPS, sudahpun memainkan Doom dan siri game iD Software lain (Wolfenstein, Heretic, Hexen, Quake) sejak era MS-DOS lagi. Tapi melalui versi PS4 ini aku terpaksa belajar semula bagaimana memainkan game FPS menggunakan joystick (DualShock).
Selepas memainkan sekuelnya Doom Eternal tahun lepas, aku rasakan Doom 2016 lebih estatika dan seimbang kerana level/stage baik di fasiliti Marikh atau alam yang satu lagi lebih "logik" berbanding Doom Eternal yang 1) agak arcade dan cartoonish-logic, 2) banyak platforming yang cabarannya terasa seperti main game Prince Of Persia atau Super Mario, dan 3) strategi penggunaan senjata per jenis musuh serta kapasiti ammo yang terhad.
Dalam Steam pun untuk beberapa hari ini ia berdiskaun 90% menjadikan harganya kini RM7.90 sahaja. Mungkin petang nanti akan masuk bakul, kelak bila dah ada PC yang mampu memainkannya dengan lancar, barulah download dan dimainkan untuk melepaskan dendam kesumat ketidakpuasan menggunakan DualShock.
Dan jangan lupa, muzik runut Mick Gordon (argent metal) merupakan satu daripada faktor yang membuatkan game ini dan Doom Eternal lebih ohsem.
_____
AADI: Decade of rip and tear!







0 comments
Post a Comment