Album yang menyambut ulang tahunnya yang ke-30 semalam (29/4/2026) - Louder (seperti yang ditulis pada kaset versi Malaysia, keh keh keh).
Aku mula layan album ini versi kaset yang dipinjam daripada Gaban (abang Takilala) selepas aku habis SPM penghujung 1996 dan aku masih ingat ia musim taufan Greg. Kemudian bila masuk USM tahun berikutnya, aku membelinya sendiri di Berjaya Video Sungai Dua.
"Antara album yang dilayan berabis (versi kaset) ketika bulan-bulan pertama aku menjejakkan kaki di USM pertengahan 1997. Ketika itu (naively) aku berpendapat Manowar adalah lebih heavy daripada Metallica (ironinya, dua-dua mengalami sindrom kecairan metal). Oh ya, dengan album ini juga aku berjaya me"metal"kan rakan sebilik aku yang agak nerd, hahaha..."
- Entri 2014.
Kecuali dua lagu instrumental (Today Is a Good Day To Die, My Spirit Lives On), hampir kesemua lagu-lagu aku masih boleh sing-a-long lirik-liriknya walaupun dah lama tak dengar. Pasti akan mengembalikan memori menghuni Desasiswa Fajar USM 1997. Courage merupakan anthem kami (geng-geng nerd) yang juga kebetulan selari dengan hobi kami ketika itu; game Diablo dan buku-buku Ian Livingstone Deathtrap Dungeon dan Trial Of Champions.
Aku rasa inilah album terakhir Manowar yang aku rasa enjoy didengar. Selepas album Warriors Of The World, aku seperti sudah berhenti mendengar Manowar.
_____
AADI: Battles are fought by those with the courage to believe...





0 comments
Post a Comment