Bila terjumpa CD audio album studio ke-17 dan *terakhir Megadeth, bertajuk sendiri (self-titled) aka The White Album pada harga yang munasabah di Shopee, terus menarik picu untuk mendapatkannya. Namun album studio sebelum ini The Sick, The Dying... And The Dead! (2022) masih belum diperolehi.
Cetakan Itali bawah BLKIIBLK Records. Cover art album ini pun cukup simbolik untuk menceritakan kisah Vic yang sudah sampai ke penghujung, ringkas, bersih dan epik - it's better to burn out than to fade away - gitu. Seperti album TSTDATD! lagu-lagu dalam album ini aku tak pernah dengar secara penuh sebelum ini kecuali Ride The Lightning.
Selepas seminggu memutar dan menghadam album ini, aku rasakan Megadeth mengambil pendekatan lebih santai. Lagu-lagu dalam album ini walaupun masih thrashy tapi solo-solo Mustaine/Mäntysaari agak kurang teknikal membuatkannya mudah dilayan oleh pendengar kasual. Tak hairanlah ia pernah menjadi #1 Billboard 200.
Aku perasan tajuk dan lirik lagu dalam album ini juga seperti memoir dalam kehidupan Dave Mustaine. Lagu "cover" Ride The Lightning (ada kredit Mustaine) sebagai penutup tirai Megadeth pula terasa agak radikal, seolah-olah ada dua maksud tersirat; 1) "versi aku lebih hebat!" atau 2) tanda sudah berdamai sepenuhnya dengan Metallica(?).
*Dave Mustaine sudah boleh berehat dengan tenang, tiada apa lagi yang perlu dibuktikan. Tidak dinafikan memang sudah menjadi ikon thrash metal dan dunia metal secara amnya, tengok silhouette kangkang dengan gitar V pun sudah tau itu Dave Mustaine. Ahli-ahli yang lain pasti akan membawa haluan masing-masing selepas ini.
Walaupun aku meminati Megadeth secara kasual dan tidak serapat Metallica, tapi impak Megadeth dan Dave Mustaine itu sendiri dalam dunia permetalan aku sudah pasti ada. Berkesempatan menonton konsert mereka di Stadium Negara tahun 2017. Cerita pasal aku dan Megadeth boleh rujuk entri ini.
Set pikap Seymour Duncan Thrash Factor dalam koleksi ini sebagai legasi, tunggu ada gitar V baru pasang. Terima kasih Dave Mustaine dan ahli-ahli Megadeth baru dan lama - Mustaine is Megadeth, Megadeth is Mustaine. Album Risk (original, bukan versi remastered) tetap menjadi album Megadeth #1 di hatiku walaupun ramai yang membencinya.
_____
AADI: Let there be shred!








0 comments
Post a Comment