Diajak oleh anak autis aku si Ijau Jr. untuk menonton filem The End Of Oak Street kerana dalam trailer ada dinosaur, dan dia memang minat dinosaur sejak kecil. Amat jarang si Jr. ni ajak tengok wayang kecuali kalau filem yang boleh ditonton sekeluarga (Minions, Mario, Papa Zola, Minecraft, dll).
Memilih tayangan 3.00 petang Sabtu lepas (15/08/2026) menggunakan tiket promosi Bintulu Marathon, serta movie points yang cukup untuk menebus satu tiket deluxe, dapatlah mengurangkan kos sedikit. Adiknya si Arlo pula last minute tiba-tiba nak ikut, terpaksalah beli lagi satu tiket.
Ini merupakan filem sci-fi horror/thriller/survival. Spesies dinosaur pun jenis yang kurang popular (bukan t-rex atau raptor), tetapi anak autis aku dapat mengenalpasti nama setiap spesies yang muncul.
Pemerhatianku tanpa membuka spoiler besar:
- Percubaan yang bagus untuk suasana suburban berlatar belakangkan tahun 80an.
- CGI dinosaur nampak bawah par jika dibandingkan dengan filem-filem Jurassic World. Anjing mereka Starbucks pun nampak sangat CGI.
- Seperti filem-filem Jurassic World, dinosaur jenis karnivor akan sentiasa lapar.
- Tidak lengkap filem-filem horror tanpa watak remaja yang degil, yang selalu buat keputusan
bodohkurang bijak. - Juga tidak dijelaskan apakah punca sebenar peristiwa ini, kerana ini adalah filem JJ Abrams, faktor "the mystery box" pasti akan ada.
- Ada diselitkan elemen-elemen girl boss, DEI dan LGBTQ+ secara halus, kalau tak perasan pasti akan terlepas.
Tapi tak mengapa, asalkan anak-anak aku terhibur tengok dinosaur dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi bila babak dikejar dinosaur.
_____
AADI: Catwoman dan Obi-Wan Kenobi?





0 comments
Post a Comment