Minggu ini genap lima tahun gitar ini dalam axology aku, diperolehi ketika pasca-pandemik 2021 berstatus new old stock (NOS). Kalau ikut nombor sirinya, ia sudahpun berusia hampir 19 tahun (keluaran Oktober 2008), sekarang memang terasa sebuah gitar yang sudah worn-in (bukan worn-out ya).
Sebagai sebuah Les Paul (versi Epiphone) ia juga resonans dan "sedap" dimainkan seperti abang long Goldie, selain faktor worn-in tadi berbanding singlecut moden jenama lain dalam axology aku (Shiro, Chucky, Iron Cross).
Sebelum ini digelar gitar rimau Tigera, untuk ulang tahun kelima ini biarlah ia terus digelar RIMAU sahaja selepas ini, Tigera agak eksotik untuk disebut.
"Nickname? Dengan penampilannya kontras kuning-hitam dan berbelang seakan-akan harimau, ia akan digelar gitar rimau TIGERA."
- Entri Custom Plus.
Anak aku si Arlo pula gelar gitar ni "gitar tirai" sebab efek berombak 3D flamed maple top seakan-akan lipatan tirai.
Masih bernadi EMG ALX/H1N, modifikasi lain hanyalah strap lock Dunlop Straplok SLS1032BR brass untuk kemasan yang nampak lebih bermusim (seasoned) serasi dengan hardware yang sudah malap warna emasnya. Dirancang untuk dipasangkan dengan pikap Gibson 490T Gold yang ada dalam simpanan jika ada pikap neck yang serasi kelak.
Pernah juga dilamar seorang rakan yang inginkan Les Paul Custom, tapi belum berani menarik picu. Walaupun masih belum ada nilai nostalgik, tapi jika rakan tadi ingin menarik picu lagi, lebih baik dia cari unit baharulah. Biarlah gitar ini dalam axology aku atas faktor "sedap" seperti perenggan kedua tadi.
_____
AADI: Masih terGAS dengan Epiphone Les Paul Custom (IBGC) Alpine White.








0 comments
Post a Comment