Hari ni kalau ikutkan aku malas nak buat entri (walaupun dalam draft ada dua entri Maiden Tribute), tapi tiba-tiba pagi tadi dapat idea daripada entri Bro Sub ni. Cerita pasal string dan pick, tapi cerita pick tu rasa-rasanya simpan dululah... Nanti dah tadak idea baru bukak cerita pasal pick (aku pun kumpul pick jugak).
Setakat ni, ini saja string yang aku ada. D'Addario selalu dapat free setiap kali bila beli gitar daripada Dead Eye Guitars (empat gitar = empat paket D'Addario), Dean Markley dan DR pulak complimentary from Bro Sub. Cuma string Alice dan Stagg saja yang aku beli sendiri (string murah hehehe). Dua-tiga daripadanya merupakan kotak/bungkusan kosong sebab string dah pasang, tapi macam best pulak kumpul kotak kosong ni (dah dasar collector, benda macam ni pun boleh dikumpul).
D'Addario - Personal preference, semenjak aku mula berkecimpung dalam dunia kegitaran ni tahun lepas (erk, baru setahun lebih), memang D'Addario saja yang aku guna. Sehingga aku mula-mula belajar pasang string (restring) gitar aku guna string Alice yang murah, sebab kalau salah pasang ke apa ke tadaklah rasa rugi sangat.
So far, gauge .009-.042 was the best gauge for my playing style. Jazz light gauge .012-.052 belum pernah pasang lagi, tapi dalam perancangan nanti nak pasang guna B-standard tuning ala-ala 7-stringer (minus high-E string), antara scale 24.75" dan 25.5" rasa-rasa yang mana satu sesuai dipasang gauge besar ni untuk B-tuning?
Alice string, .009-.042 gauge RM16.00 @ Hollywood Music, KK Plaza
(diskaun jadi RM14.00)
Alice - Setakat ni aku rasa string Alice ni antara string yang murah dan best. Walaupun agak kasar berbanding string mahal, tapi ia boleh dikatakan tahan lama. Aku pasang kat Mephisto aku awal Januari lepas, sampai April masih oke lagi (dengan penjagaan yang rapi).
Berbanding string Stagg (regular .010-.046 gauge, RM15.00 @ Zoso Music Bintulu) yang sekarang aku pasang kat Abominations, baru dua minggu pasang dan bawa jamming sekali dah nampak berkarat, walaupun dengan penjagaan yang rapi, aik? Jadi lepas ni string Stagg memang terkeluar daripada senarai. Nanti nak cuba jenama murah yang lain...
Dean Markley - Ni lagi satu string yang best, aku rasa string ni dah dua kali aku "recycle" (hehehe), mula-mula pasang kat Kelly Kelly, bila nak let-go Kelly Kelly awal bulan ni, aku ganti dengan string D'Addario baru, yang Dean Markley tadi aku pasang kat Dinoscars. Sampai sekarang masih lagi belum menunjukkan apa-apa kesan dimakan usia (selain kesan hentaman pick yang ganas). Yup, you're right Bro Sub, this string was awesome!
DR String - Another complimentary from thE guitaR addicT!, string ni agak istimewa sebab bersalut (coated) warna hijau, yup warna HIJAU! Buat masa ni aku belum lagi pasang string ni kat mana-mana gitar aku, mungkin nanti nak pasang kat Dinoscars bila string Dean Markey tadi dah sampai seru. Sekurang-kurangnya sepadan dengan badan Dinoscars yang jugak berwarna hijau (Ijau D. Koceng signature series hehehe). Dengar-dengar Oriaj pun sekarang dah pakai string DR, betul ke?
Elixir string - Stock string bass untuk Black Ice aku (aku tak tau la berapa harga string Elixir untuk bass, mungkin boleh mencecah RM200 kot?) Aku beli Black Ice aku Krismas tahun lepas, sampai sekarang dah masuk tujuh bulan tak termasuk berapa lama bass ni melepak kat kedai. Sehingga kini string Black Ice aku ni masih lagi berkilat (seperti biasa dengan penjagaan rapi), kecuali ada "bulu-bulu" halus salutan (nanoweb/polyweb) yang terkupas hasil hentaman ganas picking style.
Mungkin nanti bila aku dah cuba beberapa string jenama lain, mungkin aku akan sambung entri ni lagi. Kadang-kadang teringin jugak nak cuba artist-related strings, tapi bukannya dengan string tu aku boleh terer main macam artis yang dimaksudkan, betul tak? (But just for collections).
To be continued...
_____
Ada apa: String apa yang paling panjang?
3 komen:
bro- Pyramid strings on the way to you... .009 set :-)
bro sub:
aha~ thanks!
any other recommendation utk brand lain yg murah tp bagus?
kalau ikut ukur harga, Dean Markley tu memang value for money. jenama-jenama lain yang murah memang banyak tetapi kualiti terjejas...
Post a Comment