_____
AADI: Akaun Yahoo! aku masih aktif.
IDK Gig Rig #7: The Guitar Addict Tribute
oleh Ijau D. Koceng 08 December 2020 pada 6:00 AM 1 commentGig rig yang dipasang pada pedalDrain (Pedaltrain-longkang) ini adalah sebagai tribute untuk Bro Sub The Guitar Addict, semoga cepat sembuh.
"Greetings, everyone. I'm down in the mean time, was diagnosed with blood complications with a high chance of it being cancerous. Spending time in the hospital as you read this. Watch this space for my re-bound & do keep me in your prayers. Cheers, out!"
Dua nadi utama dalam rig ini adalah gajet pemberian daripada Bro Sub iaitu Blackstar LT-Dual dan Laney IRT-Pulse. Sebagai tribute, rig ini akan aku gunakan semasa sessi jamming dan gig akan datang (ya, Krismas nanti ada gig).
Sama seperti konsep rig IRT-Pulse sebelum ini (#6, #5), cuma kali ini guna clean channel (edge of break-up) dan distorsi dibekalkan oleh LT-Dual. Silencer ditambah untuk menapis elemen noise daripada gitar dan MS-70CDR untuk efek CDR.
Sound samples? Tak payahlah, semua ini temberang saja... Atau tunggu nanti video sessi jamming/gig.
_____
AADI: Get well soon, bro...
Let-Go: LX65R
oleh Ijau D. Koceng 05 December 2020 pada 6:00 AM 0 commentsLaney LX65R Extreme - satu lagi gajet kegitaran berjaya dilepaskan sejajar dengan proses 2020 purge. Amp ini terdampar di studio Hepi;) sejak bulan Julai lepas. Musim-musim PKPx ni dah jarang sangat jamming walaupun ada studio sendiri, apatah lagi dibawa untuk gig (gig pun tak ada).
Daripada ia mereput diselaputi debu-debu liar di studio, lebih afdal ia dilepaskan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Dan ia telah berpindah milik beberapa hari lepas kepada seorang kenalan otai BRRU yang memiliki studio rakaman yang agak terkenal di Bintulu. Semoga ia berjasa di sana.
Tak mengapa, aku masih ada HT-5RH dan/atau IRT-X untuk jamming.
_____
AADI: GLTL YES pasti menanti, kah kah kah...
Ada Apa Dengan Carbon Masks? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 03 December 2020 pada 6:00 AM 1 commentSetelah berpuas hati dengan kecemerlangan set topeng pelitup muka jenama Carbon yang menjadi pelitup muka harianku, tertarik hati pula untuk mencuba versi terbaharu iaitu Carbon Air. Versi ini sedikit mahal berbanding versi klasik, jadi cuba beli seunit dulu.
![]() |
| Ash grey. |
Antara penambahbaikan versi Air ini ialah kualiti fabriknya yang lebih telus udara dan elastik berbanding versi klasik. Pada versi klasik, ketelusan dan elastik fabriknya berbeza mengikut warna - putih paling nipis, kelabu sederhana dan hitam agak tebal.
Kedua, label Carbon yang berjahit (knitted) dan bukannya bercetak (printed) seperti versi klasik yang mudah tanggal bila kerap dicuci.
Ketiga, tali earloop juga lebih panjang dan mudah dilaras, sesuai untuk mereka yang bertudung/hijab yang biasanya menggunakan earloop extender.
Selain berjimat dan mesra alam, pelitup muka Carbon ternyata lebih ranggi metropolis untuk musim-musim PKPx ini berbanding menggunakan pelitup muka pakai-buang.
_____
AADI: Carbon-fam.
Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 5)
oleh Ijau D. Koceng 02 December 2020 pada 6:00 AM 0 commentsEntri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Sejak semalam aku dah mula mengaktifkan "gamer mode" aku, kali terakhir aku mengaktifkannya waktu main Crysis 2 dan Doom 3 beber...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-









