IDK Sig Mark II?


Ya, aku beli bass baru lagi untuk menggantikan Black Ice (ICB200EX) hasil proses "gali lobang tutup lobang" dalam entri semalam. Buat masa ni aku lebih perlukan sebuah bass berbanding gitar akustik.

Bulan Mac lepas aku ada nyatakan model ni bakal masuk dalam wishlist 2011 aku (merapu dalam entri ni). Terima kasih kepada tauke Dead Eye Guitars (DEG) kerana bersusah payah mencarikan model ni khas untuk aku (stok Bentley ni).

Kali ni ia dihantar menggunakan khidmat kurier (courier service) ABX Express, kerana menurut tauke DEG, poslaju tidak lagi menerima bungkusan yang terlebih besar (over-sized) seperti kotak bass ni. Kalau setakat kotak gitar biasa yang bukan berbentuk ektrim, seperti Replacement (RG350) aku masih lagi diterima.

Resit, manual, model tag dan dua keping kad bisnes, satu daripadanya merupakan kad bisnes yang agak "misteri". Ya, ya aku tau, Ibanez lagi, tapi kembali kepada Gio series... Up the Gios! \m/

Ibanez GSR200EX Gio Soundgear Bass

Kalau tak silap, dalam website Ibanez tahun 2009, model GSR200EX ni merupakan model limited edition. Tapi seperti kebiasaan Ibanez, ia akan menjadi model standard pada tahun berikutnya, sama seperti kes RG350M.

"There are wide variations among our GSR series guitars. The GSR200 combines straight ahead sounds with the high playability of an SR. The GSR200EX gives a punchier sound, and the newly added GSRM20 is the perfect bass for kids who are just to starting to playing. Our Jumpstart Bass Package features a GSR and all the accessories you need to get up and jamming right from your first day"

- Hype dari website Ibanez.

Finally, a GREEN bass! :)

Meet the IDK Sig Mark II (spesifikasi)

  • Brand: Ibanez (lagi)
  • Model: Gio Soundgear
  • Model Code: GSR200EX
  • Made In: China
  • Serial No: HU101100562 (November 2010?)
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood
  • Neck: Maple
  • Fingerboard: Rosewood with dot inlays
  • Pickups: Ibanez PPD4 (passive)
  • Colour: Green shadow flat (GSF)
  • Hardware: Black
  • Scale: 34"
  • Fret: 22 medium
  • Bridge: Ibanez B10
  • Special feature: Phat II EQ (active electronic) preamp.

Set as standard tuning EADG.

Standard Soundgear (GSR/SR/SRX) headstock, black satin (flat) colour with swiveling truss-rod cover.

Seperti Glaive Bro Sub, GSR200EX ni juga menggunakan nombor siri jenis sticker lutsinar plastik, amat mudah tertanggal jika selalu diusik. Kenapa tak buat jenis bercetak (printed) macam label RoHS compliant di atas tu? Atau seperti gitar-gitar Ibanez yang dibuat di Indonesia seperti Replacement dan ex-Dinoscars (GAX010LTD) aku dulu?

9V battery compartment for powering Phat II EQ.

Sekilas pandang nampak macam pikap EBMM StingRay kan?

Perbezaan ketara antara model GSR200EX ni berbanding model GSR200 yang biasa adalah pada pikapnya. Model GSR200 menggunakan pikap *PSND (dalam website dinyatakan pikap STD?) manakala model GSR200EX menjadi bahan eksperimen (EX) untuk menggunakan pikap *PPD yang seakan-akan pikap *PFR seperti pada SRX series.

Imej link dari website Ibanez.

Walaupun demikian, kedua-dua model GSR200EX dan GSR200 menggunakan preamp yang sama iaitu Phat II EQ, sama seperti yang ada pada Black Ice aku dulu.

Kelebihan

  1. Berwarna HIJAU! Green shadow flat (GSF), non-glossy satin finish. Warna yang sama macam ex-Dinoscars.
  2. Black hardware - nampak lebih "gloomy".
  3. Harga yang agak menarik (standard harga Gio series).
  4. Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus dan berkualiti, walaupun pada Gio series.
  5. PPD pickups + Phat II EQ preamp = deep punchy sound.
  6. Ringan! Lebih ringan berbanding Goldie aku. Faktor kayu basswood dan mungkin disebabkan sebelum ni aku dah biasa menggalas Black Ice yang agak berat.

Hijau, ringan, murah, pikap dan Phat II EQ merupakan antara faktor kenapa aku memilih bass ni berbanding bass jenama/model yang lain.

PPD pickups, four plastic knobs (clockwise from topright - Phat II EQ, tone, bridge pickup volume, neck pickup volume) and B10 bridge, all in black hardware.

Kelemahan

  1. Tombol plastik, sama seperti tombol pada Gio series yang lain (sebelum ni aku pernah memiliki tiga buah Gio series - GSR190J, GRG270, GAX010LTD).
  2. Memiliki medium frets seperti bass Ibanez yang lain (both Gio and full-fledged series), kenapa Ibanez tak buat bass dengan jumbo frets macam LTD?
  3. Pikap PPD menghasilkan bunyi yang agak "kasar" dan "dalam", dan sekiranya tombol Phat II EQ dipulas maksimum boleh menyebabkan bunyi pada amp menjadi seakan-akan overdriven tanpa sebarang pedal efek (not recommended for small wattage amps).

Dari segi keselesaan ia ringan, stabil (well balanced) dan lebih pendek berbanding Black Ice walaupun scale yang sama (34"). Tonewise masih sama seperti Black Ice mungkin disebabkan Phat II EQ.

Tapi aku memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kembali dengan bentuk Soundgear ni setelah sekian lama menggunakan bentuk Iceman. Dan disebabkan ia berwarna hijau, aku bagi nick CLOVER untuk bass baru aku ni.

*Kod-kod pikap bass seperti yang ditulis pada katalog Ibanez 2011.

  • PSND - Powersound, high output with added highs (J-variant) and with plenty of punch (P-variant).
  • PPD - Powerpole dual coil, passive bass sound with plenty of punch.
  • PFR - Passive full range, powerful full range pickup with added low mids.

Ada apa dengan IDK Sig Mark II?

_____
Ada apa: 8th axe from DEG...

Let-Go: Ashton DM25/12 12-String Acoustic


Hehehe (senyum tawar) let-go lagi... Pada yang selalu mengikuti AADI pastinya dah muak dengan tajuk macam ni.

Aku rasa gitar ni paling sekejap saja dalam "axology arsenal" aku, cuma sebulan saja. Dibeli waktu dapat bonus pertengahan Ogos lepas, baru saja dijual minggu lepas melalui Mudah.my kepada seorang "miss" dari Kuching, mungkin untuk tujuan kerohanian.

Kenapa jual let-go? Tak best ke? Alasan biasa - "Gali lobang tutup lobang", yang pasti aku perlukan dana-dana untuk mendapatkan bass yang lebih diperlukan berbanding gitar akustik.

_____
Ada apa: Guna acoustic simulator (pada multi-effects) sajalah lepas ni...

Recycle, Changi Style


[Filler entry] Pic of the day - Let's recycle, Changi style...

Tong kitar semula (recycle bin) yang agak kvlt! Thumbs up!

Taken at Changi airport departure hall, yup gambar waktu nak balik lepas tengok konsert Iron Maiden Singapore bulan Februari lepas (*sigh~* time really flies).

Kalau dibandingkan dengan mentaliti rakyat negara kita, jangankan tong kitar semula, tong sampah pun jarang digunakan...

_____
Ada apa: "Recycle Bin" pada dekstop PC pun mungkin tak pernah kosongkan, betul tak?

Borneo International Kite Festival 2011


Sabtu (24/9/2011) - Dalam perjalanan balik dari klinik *tut* bersama Mrs. Ijau dan adik-adik ipar yang sedang bercuti di Bintulu, lalu di area Airport Lama Bintulu, berkesempatan singgah menjenguk Borneo International Kite Festival 2011.

Kalau bukan pasal adik-adik ipar nak tengok (kali pertama mereka tengok festival ni) memang aku tak berhenti di sini. Bukan apa, jem satu hal, nak cari parkir pun susah, panas pula tu... Nasib baik dalam Imago aku topi ranger hutan dan payung.

Sama saja macam tahun-tahun lepas (2009, 2010), Borneo International Kite Festival ni merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Bintulu sejak 2005, bla bla bla info lebih lanjut sila layari website rasminya.

Tahun ni ia berlangsung dari 22 hingga 25/9/2011, dari hari Khamis hingga Ahad. Tiada apa yang menarik hari ni, layang-layang nak diterbangkan macam sama saja tiap-tiap tahun (kecuali beberapa layang-layang baru untuk tahun ni).

Pemandangan biasa tiap-tiap tahun.

Tahun ni aku rasa layang-layang paus ni merupakan antara yang terbesar dan menarik. Tapi sayangnya waktu aku datang ia dah terdampar di pantai (kes angin tak cukup kuat), tidak seperti dua hari yang lepas, ia "mengganas" di ruang udara Bintulu.

Menyelam di udara?

Yes, I did took your photo...

Belon (helium) yang paling popular tahun ni - Angry Birds!

Aku pun sebenarnya malas nak meronda lama-lama tengah panas, Mrs. Ijau pun dah tak larat nak berjalan dan berdiri lama (almaklumlah~), ronda-ronda sekejap pun sempat beli snowcap rasta berwarna hijau :) hahaha...

_____
Ada apa: Alhamdulillah~ Bersyukur walaupun panik...

Snark Attack!


Pembelian sampingan (collateral puchase?) bersama-sama amp Orange "Metuk Ulau" CR25BX minggu lepas - Snark SN-1.

Snark? Apa itu snark? Ada apa dengan snark? pada yang kaki PC Games tu pastinya teringat akan "makhluk" comel dalam game klasik Half-Life.

Alaa... Makhluk kemerah-merahan bermata satu warna hijau yang menjadi satu daripada "senjata" dalam game tersebut.

Inilah dia snark! (Imej link dari Half-Life Wikia).

Tapi bukan snark Half-Life tu yang nak diceritakan dalam entri ni, tapi Snark SN-1 guitar tuner. Dengar-dengar Snark ni merupakan keluaran Danelectro, tapi tak tau betul ke tak. Pada mulanya aku memesan model SN-2 (versi merah) dari Dead Eye Guitars (DEG) tapi kehabisan stok cuma ada model SN-1 (versi biru).

Snark SN-1 (versi biru), bateri CR2032, manual dan beg kecil (pouch).

Ia merupakan tuner jenis clip-on yang mengesan frekuensi getaran pada badan gitar berbanding mengesan frekuensi bunyi atau signal elektrik seperti tuner jenis handheld atau stompbox.

Dan seperti model SN-2 (versi merah) dalam entri Bro Sub, model SN-1 juga mempunyai metronome. Tapi metronome cuma ada visual "blinking heart" tanpa ada bunyi.

Cuma perbezaan ketara antara SN-1 dan SN-2 ialah SN-2 mempunyai mikrofon dalaman (internal mic) untuk mengesan frekuensi bunyi, selain menggunakan pengesan getaran (vibration sensor). Jadi ia boleh digunakan untuk alatan muzik yang lain selain gitar atau bass.

Kelebihan

  1. Tuner yang amat sensitif mengesan getaran pada badan gitar.
  2. Paparan yang berwarna-warni.
  3. "Kepala" yang boleh dipusing 360 darjah.
  4. Flat tuning sehingga dua full-step (bbbb).
  5. Mempunyai fungsi metronome, walaupun rasanya aku tak guna.
  6. Menggunakan bateri CR2032 yang mudah diperolehi.
  7. Bentuk yang "comel".
  8. Harga yang ekonomi (harga pasaran RM4x).

Snark patah.

Kelemahan

  1. Senang patah - Snark yang aku terima ni memang dah patah sebab "dihempat" oleh amp Orange semasa dalam perjalanan.
  2. Metronome yang tidak berbunyi.
  3. Tidak mempunyai model yang berwarna hijau, hehehe...

Selain gitar, ia juga boleh digunakan untuk bass.

Pada mulanya aku ingin membeli tuner jenis clip-on ni untuk dihadiahkan kepada anak buah aku yang baru berjinak-jinak dengan gitar (main kidal ooo...). Waktu cuti raya lepas kesian aku tengok dengar gitar "akustik"nya yang selalu out-of-tune tapi dia tak pandai nak tune dan tidak ada tuner untuk membantu.

Tapi disebabkan tuner Snark ni agak kvlt, versatile dan murah jika dibandingkan dengan tuner clip-on jenama lain pada harga yang sama, mungkin yang ni aku simpan untuk kegunaan sendiri (selain Korg GA-1) dan akan memesan lagi beberapa unit pada masa akan datang (especially SN-2), hahaha!

_____
Ada apa: Teringat watak Orb dalam game Quake III Arena.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger