[entry #8 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
khamis 29/10/2009 - dkt2 1000hrs aku turun from hotel oriental. pagi ni je ada peluang nak jln2 sbb ptg nnti lps 1400hrs aku kena pi balik pulau kursus kenegaraan BTN. pi jln2 sepanjang penang road, tujuan aku nak pi db music centre (komtar) and then on the way balik nnti bleh sggh2 beli souvenir, jeruk dan lunch. btw, last skali aku lalu kat penang road ni was back in 2007, time tu ada kursus kat sg petani then kursus lg kat langkawi, so aku lepak bbrp hari kat penang (hotel yg sama)
campbell street... ada gerbang apa ntah
zmn aku tggl kat penang dulu (1997-2005) jarang2 aku lalu penang road ni kecuali klu nak pi beli jeruk buah pala kat chowrasta tiap2 kali nak cuti blk kmpg... kira mcm down memory lane la ni. btw, penang road ni mmg tmpt yg unik... apa yg ada kat sini, itulah 1st impression about penang secara amnya (pelbagai kaum, makanan, kebudayaan, senibina bangunan) 1 malaysia la katakan~
klu xsilap, plaque ni kat kimberly street dkt dgn nasik kandaq line clear (sblm campbell street), klu smpi skrg trem ni masih ada kan best... mcm kat san francisco nun
jejantas crossroad antara penang road dan burma road... once upon a time, sepanjang jejantas ni dipenuhi dgn pengemis membuatkan aku mls nak naik jejantas ni, tp skrg 'bersih' dah sorg pun xnmpk... i wonder
lps turun jejantas on the way pi komtar... semuanya dah jauh berbeza. aku xtau apa nama laluan ni, dulunya xberbumbung dan dipenuhi dgn penjaja jalanan (dan 2-3 org pengemis)
tangga2 ni agak familiar... dulu2 slalu naik kat atas nun ada food court, bersebelahan dgn super komtar yg skrg dah tutup (sama nasib mcm yaohan) diganti dgn pacific komtar. sepanjang laluan pejalan kaki dari jejantas ke prangin mall mmg dah berubah... yg aku prasan ada deretan gerai2 berhiasan ala siam, ada yg masih blm buka dan ada yg tgh renovation, sehinggalah aku terserempak dgn benda kat bawah ni!
aku ingatkan mmg betul2 sami buddha ni bertapa dlm kaca... rupa2nya patung replika yg diukir drp kayu, diulangi PATUNG. wtf? mmg detail gila ukirannya... kecuali kain kaler oren tu la, yg tu kain betul2. time aku tgh snap pic ni ada 2 org aunty india ni borak2 dorg ckp org ni mmg betul2 wujud tp dah meninggal, umurnya 100+ thn
yg ni papan tanda detail cerita pasal patung replika tu, sapa sami buddha tu, kehidupannya, bla bla bla... mls nak baca sbb pnjg sgt
smpi2 je kat komtar, aku terus pi db music centre... tp hampanya hatiku, kedai ni tutup (or belum bukak lg). fyi, db music centre ni dulu tmpt aku slalu beli kaset/cd metal (antaranya rock in rio, the eye, ruh zaman, the very best of dokken)
lbh kurg mcm kat campbell's jugakla, aunty yg jaga kedai ni knowledge pasal metal pun power jugak, dia tau apa yg dia jual... sket2 info pasal band, album dan perkembangan semasa. konon2 kali ni aku dtg nak jumpa aunty ni borak2 sambil cari kot2 ada cd metal yg berkenan di hati... tp apakan daya, dgn perasaan yg sdkt hampa akupun balik pi hotel (xnak sggh kat prangin mall, awal lg kedai2 blm buka)
persimpangan penang road, dato kramat road dan gurdwara road. gama yg dah xbest, cravan cafe pun mcm dah xde org dtg... bangunan tggi kat background tu klu xsilap penang times square (corrects me if i'm wrong). kat dpn gama dulu ada restoran nasik kandaq bleh kira sedap jugak la namanya nasi kandar bakar... tp skrg dah tadak, diganti dgn nasi kandar kassim (bkn kassim mustafa)
on the way balik, dpn balai polis berhampiran chowrasta aku tgk ada bbrp buah beca tgh parking tersusun, pengayuh2nya tgh dgr briefing... rupanya2 ada rombongan pelancong (tempatan) nak naik beca beramai2 keliling penang road
aku rasa aku stop smpi sini dulu. ada lg smbgn utk entry ni... bab chowrasta dgn buah palanya, nasik kandaq line clear dan odeon cinema. but that was another story... (ngantuk ni)
to be continued...
_____
p/s: time deepavali kat penang road ni jd musim kelapa
3 komen:
tulun2..sy rsa sgt mau balik penang lps bace ni....adoiiiii...sgt berubah penang skang...bagus2 daa takde beggar n homeless people kat jejantas tu..
aku setuju dengan pendapat ko pasal aunty kat DB Music.
gua bila cakap pasal rock melayu kat dia. Gua sampai kena pumping 5 kali depan dia sebab gua dah kalah
Aku x p dah dB sebab mungkir janji x ambik Testament: The Formation of Damnation ( asia link ). Sebab dah dpt yg ori...he he
Post a Comment