Sapa pernah makan sate ni? Sate ampai-ampai (obor-obor?) atau sate ikan. Tapi sate ni memang kult! Seingat aku, dari aku tadika aku dah makan sate ni, rasanya pun memang kult!
Aku kalau beli sebungkus ni boleh habiskan tak sampai 5 minit hahaha! Dengan harga RM1.00 sebungkus aku selalu beli dua bungkus. Halal ke tak? Ntahlah... Cuma kat plastik pembungkus ada cap halal Siam (macam yang ada kat Ovaltine, Oreo dan beberapa makanan yang diimport dari Thailand). Tapi kalau nak beli yang sedap, cuba tengok yang nampak berminyak dan melekit-lekit, kompom sedap berbanding yang nampak kering.
Waktu kecik-kecik dulu, mak aku selalu belikan sate ni kalau balik dari tamu pekan Membakut. Sampai sekarang pun kalau aku balik kampung, memang mak aku jarang lupa belikan sate ni. Aduih terasa rindu pulak kat mak... sat lagi nak call.
Entri Mini: Fade To Black
Seperti biasa pagi Ahad merupakan pagi yang membosankan. Alone again kat rumah, housemate masih lagi bercuti. Selain buat kerja-kerja rumah standard hujung minggu (cuci baju, kemas rumah, dll). Semalam Bob Kandar SMS aku, petang ni pukul 4.00 kalau tadak arah melintang dia nak ajak jamming (kat makeshift studio kitoranglah). Aku no hal yang penting hepi ;) dan ada gitaris.
Bulan Mei tahun lepas aku ada buat entri pasal DVD Guitar Techniques Of Metallica ni, waktu tu memang aku belum pandai main gitar (dan belum ada gitar lagi, cuma ada bass) dan memang terus-terang aku mengaku info-info dalam DVD ni memang susah nak digest.
Tapi sekarang (sembilan bulan kemudian) bila aku pasang balik, rasanya aku boleh digest info-info dalam DVD ni satu persatu, step-by-step. Lebih-lebih lagi kuliah lagu Fade To Black yang memang aku teringin sangat nak cover. Walaupun aku belum dapat digest 100% Fade To Black untuk gitar (especially part solo yang kompleks), tapi sekurang-kurangnya aku dapat digest untuk bassline yang diringkaskan. Bolehlah cuba cover lagu ni petang nanti.
_____
Ada apa: Semalam ada BBQ party + mini family day, kalau ada masa aku upload gambar.
8 komen:
itu sate ampai2, memang cukup popular time sekolah...
kalau relax layan youtube, sambil headbanging sambil meratah ini snack...
Dah lama aku berhenti beli satay ni. Dan dah kurang beli makanan yang syak. Tapi 2,3 hari lepas pi kl aku jumpa bundaberg ginger beer. Beli dan dah habis sapu. Kompom halal ke bundaberg tu? Aku terpengaruh entri hang dan abang ben la tu. Hang ada pakai guitar pro software x?
gua n wife gua layan benda ni ngan penuh bernafsu
eddie guerrerro:
sate ni mmg kult, hahaha...
mhagnoth:
klu abg ben pun minum bundaberg, kira oke la tu :)
portdy:
lg sorg yg kena penangan rasa kultus sate ampai2 hahaha
mhagnoth:
aku tadak software tu, aku blajaq main baca tab je...
aku dulu pun suka sate ni...tapi lepas ada kesedaran...aku was2 la tahap kehalalan dia tu...terus aku stop.
tak rok la kalau tak layan sate ni....
berteromber:
haha... once upon a time mmg suka sate ni kan? mmg kult!
oriaj:
aku tau ko dulu kecik2 waktu skolah agama slalu pigi kedai abg ajis beli sate ni hahaha... lps tu lepak kat bus stop, ada tambi jual eskrem aku teriak "itam!" marah gila tambi tu (ko ingat lg ke scene ni?)
Post a Comment