[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #9]
Hari ni brader posmen sengih-sengih datang lambat, selalunya dalam pukul 9.00-10.00 pagi dah ada hantar bungkusan, tapi kali ni dekat-dekat pukul 12.00 tengahari baru datang opis... Dengan alasan hujan, yup hari ni Bintulu memang hujan renyai-renyai dari subuh.
Bungkusan kali ni bersetem dari UK (setem standard Queen Elizabeth) berisi CD Iron Maiden album No Prayer For The Dying. Bukan versi remastered, tapi versi 1990 UK first pressing! Boleh dikira rare item ni...
Sepatutnya hari ni aku buat entri CD Promise And Terror Blaze Bayley yang aku terima semalam (Rabu, 5/5/2010), tapi takpelah...
Used & sealed! Hahaha sealed with plastic bag.
eBay purchase info
- Purchased from: smokiebobo (seller yang sama untuk Rock In Rio)
- Location: UK
- Condition: used
- Price paid: £2.97+3.00 (RM30.18) menang bid
- Ordered: 20/4/2010
- Received: 6/5/2010
- Label: (P)(C) 1990 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive licence to EMI Records Ltd.
- Made in: UK
Walaupun CD ni pressing 20 tahun yang lepas, tapi masih nampak baru. CD shiny scratchless, inlay macam tak pernah dibelek-belek, jewel case masih oke tak nampak seasoned macam CD berstatus used lain yang pernah aku beli. A worthy purchased indeed!
Yang best pasal first pressing ni, cover art masih lagi imej Eddie keluar dari keranda sambil mencekik orang, 1998 remastered version imej ni dah kena censored, tinggal imej Eddie keluar dari keranda sahaja. Nak tengok versi-versi lain album ni boleh lawati entri krenmaut ni, panjang lebar ulasan yang dibuat oleh Abang Ben. Agaknya deaf_angel pun ada entri pasal album ni kot?
Seperti biasa tak payah aku nak senaraikan tracklist, Maiden fans pastinya tau dan album ni ada banyak lagu best yang aku rasa agak berlainan sedikit muziknya berbanding album-album terdahulu. Adakah disebabkan ketiadaan petikan gitar daripada Adrian Smith? Atau petikan gitar Janick Gers sedikit sebanyak membuatkan muzik Iron Maiden berubah? Tapi siapalah aku untuk mempertikaikannya... As long as it sounds nice and still have that Harris' signature galloping bass, it's still a Maiden indeed.
Tailgunner, Holy Smoke, No Prayer For The Dying, Public Enema Number One, Run Silent Run Deep dan Bring Your Daughter... To The Slaughter merupakan lagu-lagu favourite aku dalam album ni. Public Enema Number One tu aku rasa muziknya agak berbeza dengan lagu-lagu Iron Maiden yang biasa.
Standard 90's CD, belum ada lagi apa-apa imej dicetak atas CD.
Waktu kerja kat cybercafe dulu (early 2000's), selain pasang mp3 album Somewhere In Time, aku jugak selang-selikan dengan album No Prayer For The Dying, Fear Of The Dark dan jugak Best Of The Beast (pendek kata semua mp3 Iron Maiden aku random play) untuk hiburan cybercafe. Ada seorang regular customer exchange student from Canada, selalu request lagu Holy Smoke, Can I Play With Madness dan The Number Of The Beast.
Teringat jugak waktu gila main game Counterstrike dulu, aku guna nama tailgunner (selain clint_eastwood dan shotgun_guy)... Nama yang agak digeruni oleh budak-budak yang selalu main Counterstrike kat cybercafe. But that was another story...
Macam biasa aku akhiri dengan Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Aiseh, entri ni dah potong que, sepatutnya aku post entri Live After Death dulu (yang masih draft).
4 komen:
album yang ada satu2nye single #1 kat British Pop Charts dalam sejarah Maiden.
( the first no 1 song of a new decade lak tu )
Tu Pun pasal Maiden MAIN TIPU!! haha. But who cares.
Anyway, title track, run silent, mother russia, hooks in u, some of the better songs la dari ni album..
Pada aku era ni have some of the best packagings, photos, Eddies untuk singles/albums/vinyls/tour programmes dorang
tak tau kenapa...tapi no prayer for the dying adalah antara album maiden yang paling lambat aku upgrade ke cd...dan tak tau kenapa aku jugak tak berapa suka kat lagu yg dapat no 1 kat UK tu...heheh..
paling fav dari album ni Mother Russia...
sayang sungguh aku dah hilang buku tour programme album ni...hisss...
Entah kenapa...selepas 7 son...aku tak berapa minat album2 Maiden lepas tu...
entah kenapa... aku bersungguh2 cari versi 1st pressing yg eddie cekik org, sdgkan versi remastered dah brapa kali aku xjd beli
Post a Comment