Seperti yang telah dirancang beberapa bulan lepas. Pagi ni seawal 6.00 pagi aku akan memulakan perjalanan dari Bintulu menuju ke Mukah dan seterusnya ke Dalat bersempena cuti Gawai Dayak. Kali ni bukan sorang, tapi ditemani oleh *ehem-ehem* (hence the entry title The Doubleness Of Moderate Distance Driver).
Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).
Aku tak pernah memandu menghala ke selatan Bintulu ke arah Sibu (waktu perasmian JKM Sibu hari tu pun naik kereta Jabatan) berbanding ke arah utara (Miri, Brunei, Limbang seterusnya balik Sabah), jadi kali ni merupakan pengalaman pertama aku.
Kalau ikutkan jarak, Bintulu-Mukah lebih kurang jarak Bintulu-Sibu dalam 250km+ (sila rujuk peta). Kebiasaan dari Bintulu ke Sibu akan mengambil masa dalam tiga jam, tapi dari apa yang aku dengar, Bintulu ke Mukah mungkin mengambil masa sehingga lima jam disebabkan jalan yang kurang baik dan ini bergantung kepada kenderaan jenis apa yang dipandu, jangan bandingkan pacuan empat roda dengan kereta kompak, lebih-lebih lagi Imago aku.
Minggu lepas aku dah servis rutin Imago aku kat Perodua Service. Semalam pulak dah periksa tekanan tayar, radiator coolant, wiper reservoir dan benda-benda yang biasa aku periksa seperti waktu aku nak Tour de Brunei.
Dan tak lupa bekalan makanan, minuman dan beberapa CD Metal... Tapi kali ni aku terpaksa pilih band/artis/album yang sesuai, sebab *ehem-ehem* aku tak boleh dengar lagu yang terlampau heavy, sakit kepala katanya... Wings, Search, Lefthanded, Nightwish, Sick Puppies, rasanya oke kot?
Apa tujuan aku pi Mukah dan Dalat ni? Aku rasa korang boleh agak :)
To be continued...
_____
Ada apa: Aku pernah tengok ramai yang lekat sticker "we hate Selangau-Mukah road!" kat kereta...
8 komen:
kadang2 kena heavy sikit supaya tak ngantuk tengah jalan. Sebelah dah tidur boleh la balas The Loneliness of a Long Distance Runner. Semangat tu.
ijau dah nak bertunang. yeay yeay!!! nasik minyak pos kat aku ar. Pos Laju punya.
apa barang tak leh dengar heavy2 sikit. Aku suggest; scoin, spring, spin, spoon, sup untuk pemanduan jauh2.
eleh...lum kawin biasa la tu...x leh bukak lagu heavy konon...dah kawin esok tau la...hahahaha..
jumpa bakal mak mentua....kihkihkih
Aku setuju dengan Bro-teromber tapi dalam keadaan vice versa:
dulu masa bujang aku tak leh dengar Tiffany, Snow, Dr Alban, tapi sekarang huhuhuhu...
baru smpi bndr mukah ni alhamdulillah... online kat kfc
abg ben:
lalu jln ladang kelapa sawit mcm jln rally, camna nak dpt tido... td aku blasah lagu blaze bayley dia pun layan skali hahahaha! katanya nak hilangkan ngantuk, baru dia tau pekena pukulan blaze!
muspeed:
tunang? yeke?
td layan ella, wings, hootie & the blowfish, ac/dc... last2 layan blaze bayley hambik kau!
berteromber:
dia kata dia boleh layan yg heavy asalkan suara vokal jelas (kes slalu naik kreta aku la ni)... maknanya lagu2 grow xdpt pasangla...
nerzhul:
hah! yg ni betul... hehehe
portdy:
xpe, pelan2... lama2 dia pun metal
berhati2 di jalan raya my fren huhu..
tengkiu2
Post a Comment