Waktu aku post entri ni (scheduled post on 8.00 am) aku mungkin berada somewhere in Miri, dalam perjalan balik Sabah. Bertolak seawal 6.00 pagi dan sekiranya tadak arah melintang (imigresen dan feri lancar) dijangka sampai Membakut seawal pukul 4.00 petang (kalau aku tak singgah lama-lama kat Pekan Beaufort).
Gambar hiasan - beberapa minggu lepas tukar tayar kat Perodua. Aku rasa mamat Bangla ni (bukan Banglar King Kong!) baru kerja kot, sebelum ni tak pernah nampak pun. Sebab tu belum ada uniform rasmi Perodua Service.
Seperti biasa CD metal merupakan teman setia tatkala memandu jarak jauh, aku dah pilih 10 CD untuk bekalan kali ni, album-album daripada Blaze Bayley, Blind Guardian, Bruce Dickinson (scream for me Brazil! - ada kaitan dengan Piala Dunia), Children Of Bodom, Fear Factory, Iced Earth, King Diamond, Iron Maiden, Megadeth dan Tarot.
_____
Ada apa: Penat, malam tadi jaga booth pameran Program Sejiwa Senada sampai pukul 10.00, but that was another story...
0 comments
Post a Comment