Pagi nanti seawal pukul 6.00, seperti biasa aku akan memulakan perjalanan kembali ke Bintulu setelah bercuti di kampung halaman selama seminggu. Sekiranya tiada arah melintang, dijangka akan sampai Miri sekitar pukul 12.00-1.00 tengahari, kebiasaannya aku akan lepak beberapa jam kat Miri (rehat, makan, shopping) sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu.
Kedua-dua Mephisto dan Kelly Kelly yang aku bawa balik, kini telah mempunyai tuan yang baru. Jadi aku balik Bintulu dengan "tangan kosong"... Semalam Bob Kandar dah SMS nak ajak jamming hari Ahad ni, ada peluang untuk sessi "pandu-uji" Abominations dan G1M yang masih belum pernah beraksi lagi.
Kat kampung susah sangat nak buat entri panjang-panjang dan upload gambar banyak-banyak, line EDGE slow, lebih slow daripada tahun lepas (mungkin dah ramai user kot?)... Kadang-kadang manjang je disconnected. Tak best nak online macam biasa.
Bilalah agaknya kampung aku nak dapat line 3G? Sekurang-kurangnya kampung *ehem-ehem* aku kat Dalat nun ada line 3G walaupun nampak kurang membangun berbanding kampung (dan daerah) aku. Nak video chat guna YM pun tadak masalah.
Oke, jumpa lagi di Bintulu...
_____
Ada apa: *Ehem-ehem* pun asyik SMS suruh aku balik Bintulu cepat... Amboi~
0 comments
Post a Comment