Sebenarnya dah lama Nandung aku ni melepak kat rumah member aku. Rasa-rasanya semenjak aku beli Black Ice bulan Disember tahun lepas kalau tak silap. Memandangkan aku pun tadak masa nak main gitar tong (I'm more to electric), sekurang-kurangnya kalau aku letak kat rumah member aku ada jugak yang guna/main daripada ia berkarat dan berkulat kat bilik aku.
Tengahari tadi tiba-tiba member aku ni kata dia nak beli Nandung aku, sebelum ia "hancur" hahaha!... Apa punya istilah daa?~ Sebenarnya bukan dia yang rajin main, tapi anak buahnya yang suatu ketika dulu pernah kami (aku dan Bob Kandar) ajak jamming tapi tak masuk line sebab dia main clean-strumming Indie, kitorang main high-gain Metal ;)
Disebabkan aku beli dulu pun taklah mahal mana, jadi aku let-go pun dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga dua kotak string D'Addario. Btw, Nandung ni merupakan gitar pertama yang aku beli, beberapa bulan sebelum aku beli Mephisto. Good bye Nandung...
_____
Ada apa: Thinking of buying an electro-acoustic guitar... Ah! Jangan nak macam-macam!
4 komen:
go for TAYLOR!!!!!
Main metal pakai gitar tong pun syok jugak. baru mencabar...
muspeed:
ayoyo! tgk harganya pun aku dah terbeliak, boleh beli "benda" lain dgn harga gitar taylor
mhagnoth:
hahaha... mmg pengalaman yg kurg menarik, keras gila main powerchords pakai gitar tong
kalo dah start main gitar 'letrik, mai gitar tong macam 'susah'... body yg tebal tu buat frus...
Post a Comment