Setelah hampir dua minggu aku berusaha mencari album ni di sekitar distro-distro tempatan, akhirnya petang semalam baru aku dapat. Album yang sedang hangat diperkatakan di kalangan underground Metallers khususnya di Sarawak ni. Debut album daripada band Melodic Death Metal Sarawak - Kherow bertajuk Bintang Timoer yang telah dirilis secara rasminya pada 1/1/2011 yang lepas under Faithcraft Productions label.
Aku dapat CD ni hasil daripada memorandum persefahaman (MOU) antara aku dan Adi Herman melalui sistem barter, trade dengan CD Ace Of Spade aku. Harga pasarannya adalah RM15.00 sahaja.
Bukan, ini bukan bootleg, demo, single atau EP, tapi full debut album dengan lapan buah lagu (termasuk satu intrumental), daripada band yang berasal dari Kuching ni.
Tracklist
- Rapture
- Requiem For The Fools
- Phantom Caretaker
- Choke With Your Lies (Pointless)
- Savages Of Yesterday
- Rise Of Uranium
- Instrumental Petang Peti
- Bintang Timoer
Walaupun aku memang dah kureng dengar lagu-lagu yang vokalnya jenis growler, howler, shrieker atau screamer, tapi muzik Kherow memang best! Tip-top! Double guitar attack memang menusuk kalbu dan NGERI! Guitar works memang 10/10!
Memang layan dengar muzik diorang ni seoptimum (bukan semaksimum) yang mungkin dalam Imago aku - the only place for me to play audio CD as loud as possible (again, optimum not maximum) without complaint from others. Secara peribadi, aku suka lagu Phantom Caretaker (part solo middle-eastern best!) dan Bintang Timoer (clean vocal ex-bassist memang mengerikan! Dua rangkap pertama lagu ni seakan-akan lenggok lagu Meniti Titian Usang).
Owh btw, Kherow mengetengahkan growlress (female-growler?) Pricilla, double guitar attack Zizie dan Muss, dan tukang pukul tunggak utama Afdzal. Bass? Apa cerita?
Sebab aku tak reti nak buat review, korang boleh baca review daripada blog-blog berikut:
- Faithcraft Productions
- Metuk Ulau Underground Voice
- when the sky turn black
- krenmaut [added @ 3/2/2011 4.40 pm]
Imej link dari Faithcraft Productions.
Bagi aku, album Bintang Timoer ni telah meletakkan penanda aras (benchmark) untuk produksi band-band underground tempatan yang lain (or even other mainstream bands). Dengan pakej CD yang nampak professional, rakaman dan susunan muzik yang mantap, memang puas hati.... Kalau diorang jual RM30 pun aku sanggup beli.
_____
Ada apa: Bila tak menjerit (clean vocal) comel pula suara Pricilla ni, macam suara vocalist Dismal Euphony, hahaha!~
1 comment
aku suka baca review2 gini
Ijau ko review lebih2 band2 rok / metal kat tempat ko. interesting
Post a Comment